PERTUBUHAN KEBAJIKAN MUAFAKAT BAKRI

Dimulakan pada Mar 30, 2023

TABUNG BENCANA KEBAKARAN

RM230 / 1.15 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangan kebakaran untuk mangsa kebakaran rumah. Jom kita hulurkan sedikit rezeki bagi meringankan beban mereka.


Luluh hati seorang ibu yang meninggalkan kesemua anaknya di kediaman untuk keluar membeli kelengkapan berbuka puasa apabila empat beradik itu ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.49 malam, mangsa berusia antara tiga hingga lapan tahun terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan itu maut selepas kediaman mereka di Kampung Sabar Awor, Jalan Ismail, di sini terbakar.



Empat beradik berkenaan ialah Puteri Aisyah Tenko To, Mohd. Hakim, Mustakim dan Fatihah Aisyah ditemukan dalam bilik air di bahagian dapur. Ketika kejadian, ibu mangsa berusia 31 tahun keluar sebentar untuk ke kedai, manakala bapanya yang berusia 30 tahun sedang bekerja di sebuah restoran di bandar ini.


Maklumat awal oleh ibu mangsa mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci. Kita percaya keadaan api marak menyebabkan empat beradik ini gagal mencari jalan keluar sebelum kesemua mayat dijumpai di dalam tandas dipercayai bagi tujuan menyelamatkan diri.




Ibu mangsa yang baru keluar selama 10 minit mengetahui tentang kebakaran itu selepas dihubungi jiran. Kebakaran yang bermula dari bahagian dapur dipercayai akibat litar pintas, namun ia masih dalam siasatan lanjut pihak bomba. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan setakat ini kes disiasat sebagai mati mengejut.


Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran melibatkan rumah jenis separuh kekal berkenaan.



Pihak berkuasa mengambil masa lima minit bagi mengawal kebakaran yang memusnahkan sehingga 80 peratus kediaman itu. Setelah api padam sepenuhnya pihak bomba bertindak membuat pencarian mangsa sebelum menemukan dua kanak-kanak perempuan dua kanak-kanak lelaki. Oleh itu, Pertubuhan Kebajikan Muafakat Bakri telah menziarahi tempat kejadian dan berhasrat untuk menyampaikan sumbangan asbab kerugian harta benda dan kehilangan 4 nyawa.



Pertubuhan Kebajikan aktif memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana seperti kebakaran, banjir dan lain-lain lagi. Jom bersama bantu mereka. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ammar di talian 0136912423.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat