Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Aug 05, 2025
RM555 / 18.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
23 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Program sumbangan barangan asas Tabung Dapur Makanan Bagi Yang Memerlukan, anjuran Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor ini adalah satu program yang dirangka bagi membantu sahabat-sahabat kita dari golongan asnaf yang terkesan akibat inflasi yang meningkat naik.
Kenaikan harga barangan makanan yang hampir-hampir tidak terkawal menyebabkan kuasa beli rakyat semakin terhakis. Apatah lagi kenaikan harga barang makanan ini melibatkan barangan makanan asas yang pada dasarnya adalah barangan wajib untuk dibeli bagi keperluan makanan harian. Harga minyak masak, telur, ayam dan lain-lain barangan yang terus meluncur naik menyebabkan bahagian kuasa beli rakyat semakin berkurangan.




Melihatkan kepada konsep meletakkan hidangan di atas meja, maka pihak pertubuhan terpanggil untuk membantu mereka yang terkesan di sekitar Johor ini. Kami menyasarkan lebih kurang 100 keluarga untuk kami bantu. Bantuan ini hanya sekadar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup. Pastinya yang penting adalah anak-anak mereka yang menjadi generasi penyambung harapan negara.


Rak dan almari Tabung Dapur Makanan ini diletakkan di masjid terpilih yang mempunyai akses dan keselamatan yang terjamin.
“Tidak akan berkurang harta dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
DZULKARNAIN MUHAMAD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 09, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2025
ANWAR MUSADDAD JAMAL
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 08, 2025