PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG RAJA HILIR

Dimulakan pada Jun 08, 2022

TABUNG FARDHU KIFAYAH UMMAH

RM13,961 / 107.39 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM13,000

664 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami berharap orang ramai dapat menghulurkan bantuan ini supaya kita semua mendapatkan pahala fardhu kifayah dalam membantu mereka yang memerlukan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para penyumbang, kami di Persatuan Penduduk Kampung Raja Hilir, Machang, Kelantan ingin mewujudkan Tabung Fardhu Kifayah & Keagamaan terutamanya untuk penduduk Kg. Raja Hilir, penduduk-penduduk sekitar dan masyarakat yang memerlukan.



Tabung ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada keluarga bila berlaku kematian, bantuan untuk proses pengebumian seperti kos menggali kubur, kos mandi jenazah dan kafan. Jika berlaku kematian kemalangan atau kematian di hospital ia semestinya memerlukan kos tertentu yang lebih besar berbanding kematian di rumah. Bantuan awal kepada keluarga si mati dapat membantu meringankan beban serta dapat melancarkan proses pengebumian. Dana dari tabung ini juga akan digunakan untuk infrastruktur tanah perkuburan seperti membaik pulih ruang rehat dan membaik pulih sebuah perigi usang, ini secara tidak langsung memberi manfaat unutk kegunaan orang ramai.




Tabung ini juga bertujuan untuk kegunaan program keagamaan seperti mengadakan ceramah agama setiap minggu, kelas mengaji Al-quran untuk penduduk, majlis sambutan bulan-bulan mulia seperti Maulud Nabi, Maal Hijrah dan lain-lain. Melalui program-program ini secara tidak langsung membawa penduduk lebih mendekati diri dengan Allah. Pihak persatuan mensasarkan program ini mesti di adakan secara berterusan kerana selain dapat pengisian rohani ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara penduduk.



Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2022

Kempen Sumbangan Tamat