MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 13, 2025

JANA SAHAM DALAM INFAQ ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF LANGKAWI

RM400 / 13.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,001

18 Penyumbang

33 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Hadirkan sedekah yang ikhlas membuka pintu rezeki dan rahmat Allah dalam bantu pendidikan anak tahfiz yatim dan asnaf dari Langkawi.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap generasi pewaris Al-Quran, kami menyeru kepada seluruh umat Islam untuk bersama menjayakan Kempen Sumbangan Infaq Anak Tahfiz Yatim dan Asnaf dari Langkawi yang menuntut ilmu di sini.



Kempen infaq ini bertujuan bagi membantu anak-anak tahfiz yang terdiri daripada golongan yatim dan asnaf, yang sedang menuntut ilmu Al-Quran yang berasal dari Pulau Langkawi. Antara pelajar tersebut ialah Shahrul Shafiq, Shahrul Syamir dan Juzaili. Mereka tekun menghafal kalam Allah dan besungguh-sungguh mendalami ilmu agama.



Sumbangan infaq yang dikumpulkan akan disalurkan bagi membiayai kelengkapan asas seperti pakaian, kitab, dan peralatan tahfiz, menyediakan makan minum untuk mereka, menampung yuran pendidikan, dan keperluan lain untuk para pelajar yatim serta asnaf. Selain itu, sumbangan kalian ini turut digunakan bagi membiayai tambang ke kampung halamam di Pulau Langkawi pada cuti yang panjang.


Setiap sumbangan kalian, besar atau kecil, merupakan amal jariah yang berterusan pahalanya hingga hari akhirat kelak dan menjadi asbab maqfirah keampunan daripada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: 


“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614)



Ayuh kita bersama menjadi penyumbang kepada masa depan mereka agar lahir generasi huffaz yang bukan sahaja menghafal Al-Quran, tetapi juga membina akhlak dan ilmu untuk agama dan negara. Salurkan infaq anda hari ini! Setiap ringgit yang anda hulurkan akan menjadi sinar harapan buat anak-anak tahfiz Langkawi ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2025