ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 03, 2023

TABUNG INFAQ BULAN REJAB UNTUK MAKANAN ASNAF

RM1,275 / 42.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

84 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom berinfaq di bulan Rejab dan meraih keutamaan memberi makan untuk melipatgandakan pahala dari Allah SWT.


Assalamualaikum Tuan/Puan. Alhamdulillah kita sudah memasuki pertengahan bulan Rejab. Tahukah anda keutamaan bulan Rejab?


“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (At-Taubah 9:36)



Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 4 bulan haram yang dalam firman Allah di atas adalah bulan yang mulia dan perlu dihormati, maka janganlah kita bermaksiat. Karena pada bulan ini, setiap perbuatan anda akan diganjar berlipat. Untuk amal sholih dan kebaikan yang kita lakukan akan diganjari dengan berkali-kali lipat pahala. Begitu pula jika amal keburukan dan maksiat, akan diganjar dengan dosa yang berlipat ganda. Naudzubillah. Semoga kita semua selalu istiqomah dalam berbuat amalan kebaikan.



Didasari dengan hal itu, Asar Humanity menjemput anda untuk berinfaq sebagai salah satu amalan berkhidmat kepada Allah dan mendekatkan diri merayu rahmatNya. InshaAllah infaq ini akan diagihkan untuk bantuan makanan dan keperluan asas saudara-saudara yang tidak berkemampuan. Di antaranya akan disalurkan kepada anak yatim, tahfiz Al Quran, warga emas, orang kurang upaya (OKU), warga terjejas bencana, korban kecemasan dan golongan asnaf lainnya. MashaAllah sangat terbuka lebar kesempatan kita untuk mendekat kepada Allah SWT. Salah satunya dengan berbuat baik kepada saudara Muslim lainnya. Ada beberapa amalan yang dapat kita lakukan berdasarkan pada sabda Rasulullah.



“Orang yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat untuk orang lain. Dan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberi kegembiraan seorang mukmin, menghilangkan salah satu kesusahannya, membayarkan hutangnya, atau menghilangkan rasa laparnya. Dan aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi kebutuhannya itu lebih aku cintai daripada beri’tikaf di masjid Nabawi selama sebulan.” (HR ath-Thabrani)


Memberi makanan sebagai amalan yang diutamakan inshaAllah akan melipatgandakan pahala dari rezeki yang anda sisihkan. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2023

HJH SRI ROHAYU BINTI MOHAMAD GANI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat