Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,275 / 42.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
84 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum Tuan/Puan. Alhamdulillah kita sudah memasuki pertengahan bulan Rejab. Tahukah anda keutamaan bulan Rejab?
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (At-Taubah 9:36)
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 4 bulan haram yang dalam firman Allah di atas adalah bulan yang mulia dan perlu dihormati, maka janganlah kita bermaksiat. Karena pada bulan ini, setiap perbuatan anda akan diganjar berlipat. Untuk amal sholih dan kebaikan yang kita lakukan akan diganjari dengan berkali-kali lipat pahala. Begitu pula jika amal keburukan dan maksiat, akan diganjar dengan dosa yang berlipat ganda. Naudzubillah. Semoga kita semua selalu istiqomah dalam berbuat amalan kebaikan.
Didasari dengan hal itu, Asar Humanity menjemput anda untuk berinfaq sebagai salah satu amalan berkhidmat kepada Allah dan mendekatkan diri merayu rahmatNya. InshaAllah infaq ini akan diagihkan untuk bantuan makanan dan keperluan asas saudara-saudara yang tidak berkemampuan. Di antaranya akan disalurkan kepada anak yatim, tahfiz Al Quran, warga emas, orang kurang upaya (OKU), warga terjejas bencana, korban kecemasan dan golongan asnaf lainnya. MashaAllah sangat terbuka lebar kesempatan kita untuk mendekat kepada Allah SWT. Salah satunya dengan berbuat baik kepada saudara Muslim lainnya. Ada beberapa amalan yang dapat kita lakukan berdasarkan pada sabda Rasulullah.
Memberi makanan sebagai amalan yang diutamakan inshaAllah akan melipatgandakan pahala dari rezeki yang anda sisihkan. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga khabar ini menjumpai anda dan keluarga dalam keadaaan baik dan sejahtera.
Memasuki pertengahan bulan Muharram, kami tak pernah bosan mengingatkan anda keutamaan bulan Muharram yang kita ketahui termasuk salah satu bulan dari 4 bulan haram. Dalam surat At Taubah ayat 36 Allah SWT perintahkan untuk memuliakannya dengan melakukan amalan kebaikan dan menjauhi perbuatan maksiat.
Jangan sampai terlepas dengan perbuatan yang biasa. Pada bulan haram Allah akan melipat gandakan pahala atas amalan shalih, dan juga akan melipatkan dosa dari maksiat. Naudzubillah. Maka dari itu mari kita maksimalkan dengan amalan shalih yang juga dapat dirasakan oleh saudara-saudara kita yang kekurangan. Jika bulan Muharram ini berakhir, kita harus menunggu 4 bulan kedepan sampai bulan haram selanjutnya iaitu bulan Rajab.
Sedekah dan infaq Muharram melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum tuan-tuan dan puan-puan, semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, aamiin
Alhamdulillah, pada hari Selasa, 18 April 2023, pasukan Asar Humanity telah mengagihkan pakej makanan kepada asnaf yang terletak di Desa Angkrong RT 003 RW 003, Talaga, Kecamatan Cugenang, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat. Di mana seramai 12 keluarga telah menerima hadiah yang diberi oleh tuan-tuan dan puan-puan, selain itu sumbangan yang telah tuan/puan sumbangkan ke laman kempen ini telah digabungkan dengan sumbangan dari laman kempen lain untuk memberi manfaat yang lebih meluas.
Ketika pasukan Asar Humanity mengagihkan bantuan daripada tuan-tuan dan puan-puan, warga di Cianjur sangat bersemangat ketika menerima bantuan ini. Selain itu, setiap pakej makanan yang diagihkan mengandungi minyak, gula, tepung, teh, sardin, kopi, susu pekat manis, nasi, sirap, kurma, kicap, sos, mukena dan Al-Quran.
Dengan pakej makanan yang tuan dan puan sediakan, alhamdulillah dapat menampung keperluan makanan mereka untuk beberapa hari akan datang. Begitu juga dengan mukenah dan Al Quran yang diberi, mereka juga boleh menggunakannya untuk beribadat kepada Allah SWT, yang inshaAllah dari setiap ibadah yang mereka laksanakan ada ganjarannya untuk tuan-tuan dan puan-puan.
Semoga ihsan tuan-tuan dan puan-puan Allah SWT ganti dengan sebaik-baik ganjaran dan semoga doa tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga Allah SWT ijabah, aamiin yaa rabbal ‘aalamiin.
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
HJH SRI ROHAYU BINTI MOHAMAD GANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 06, 2023
HARITH
Menyumbang sebanyak RM20.00
Feb 05, 2023
NOOR DIYANNA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 05, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 05, 2023