ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 09, 2025

INFAQ UNTUK IBU TUNGGAL DAN ANAK YANG DIUJI KESAKITAN

RM505 / 5.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

30 Penyumbang

2 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom berkongsi ringankan derita ibu tunggal agar anaknya yang sakit mendapat peluang rawatan yang lebih baik.


Baru-baru ini, pasukan ASAR Humanity berkunjung ke rumah Puan Tati, seorang ibu tunggal tabah yang membesarkan tiga orang anak. Kehidupan beliau penuh dengan ujian. Setiap hari, beliau berusaha membahagikan masa untuk mencari rezeki sambil menjaga anak-anaknya.



Salah seorang anaknya, Syamsi, kini berusia 11 tahun, menghidap penyakit serius pada otak yang menyebabkan tubuhnya lumpuh dan menjadi kaku. Lebih memilukan, ayah Syamsi telah meninggal dunia sewaktu beliau baru berusia 3 tahun. Sejak itu, Puan Tati berjuang seorang diri, memastikan Syamsi mendapat rawatan yang terbaik walaupun dengan sumber yang sangat terhad.


Kos rawatan amat tinggi. Untuk ubat asas sahaja, ia mencecah lebih RM7,000 sebulan. Jumlah ini jauh melebihi kemampuan seorang ibu tunggal seperti Puan Tati. Buat masa ini, pasukan kami sedang berusaha membantu beliau dari segi insurans dan sokongan dana.



Melalui kempen ini, kita boleh sama-sama membantu Puan Tati dan anak-anaknya dengan menyalurkan sumbangan. InshaAllah, dana yang terkumpul akan digunakan untuk:


1. Menyediakan pakej makanan asas untuk keluarga ini.

2. Menampung keperluan harian.

3. Membantu meringankan kos ubat-ubatan Syamsi.



"Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya dari kesusahan pada hari kiamat." (HR. Muslim)


Semoga setiap sen yang anda hulurkan menjadi asbab keringanan beban ibu tunggal ini dan pahala yang berterusan buat kita semua. Mari kita bersama-sama ringankan derita mereka, agar Puan Tati terus kuat dan Syamsi mendapat peluang rawatan yang lebih baik.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 12, 2025

BEYDEN

Menyumbang sebanyak RM30.00

Sep 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 12, 2025