Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM20 / 0.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
2 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Allah SWT sangat suka kepada hambanya yang membantu mereka yang memerlukan khususnya kepada mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarnya. Pelajar di Maahad tahfiz Darul Mustafa terdiri dari kalangan anak-anak yatim piatu dan tergolong dari keluarga asnaf. Ayuh kita bantu saudara seagama kita yang memerlukan bantuan.

وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh."
(Al-Munafiqun, ayat 10-11)

Infaq dan sumbangan ini adalah untuk kebajikan anak-anak Maahad Darul Mustafa dari segi pendidikan, keperluan asas makanan harian dan penyelenggaraan. Kami amat berbesar hati sekiranya anda semua dapat membantu mengumpulkan sumbangan ini dan membantu anak-anak tahfiz.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Ta'ala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya.” (Hadis Riwayat Tabrani)

Ayuh meraih pahala bersedekah ke tabung infaq kebajikan pelajar tahfiz bagi memudahkan proses pengajian mereka. Jadikan harta dunia sebagai bekalan akhirat anda.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 26, 2024
TAN SUE MEI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 11, 2024