Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Dec 25, 2024
RM80 / 2.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
7 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Kebelakangan ini, ramai pelajar maahad tahfiz kami diuji dengan masalah kesihatan yang kurang baik dan para pelajar amat memerlukan rawatan dengan segera. Keadaan ini semakin mendesak kerana kekurangan bekalan ubat-ubatan. Pihak maahad sangat mengalu-alukan sumbangan infaq sama ada kecil ataupun besar dalam membantu pihak kami dalam menyediakan ubat-ubatan dan rawatan terhadap pelajar yang ditimpa penyakit seperti demam, pening kepala dan lain-lain lagi.

Dengan adanya sumbangan daripada kalian, pihak maahad dapat mengusahakan ikhtiar rawatan di klinik dan farmasi yang berhampiran serta mendapatkan ubat-ubatan kepada para pelajar tidak sihat. Kesihatan badan yang baik ini mampu meningkatkan pretasi kepada anak-anak tahfiz ini dalam bentuk menghafal Al-Quran dan menuntut ilmu agama.

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
(Surah al-Baqarah: 3)

Ayuh kita sama-sama memberi sumbangan kepada, pihak maahad bagi melancarkan kempen dengan serendah RM10 bagi memudahkan sesiapa yang sudi berinfaq kepada maahad tahfiz kami di sini. Semoga para penderma akan menjadi orang-orang yang tergolong dari kalangan insan-insan yang budiman.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Dec 27, 2024