MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 20, 2025

TABUNG INFAQ KEBAJIKAN UNTUK PERBAIKI VAN YANG TELAH ROSAK

RM310 / 10.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

20 Penyumbang

13 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Tanggungjawab kita bersama untuk memperbaiki van yang telah rosak. Semoga apa sahaja yang kita infakkan ini, mudah-mudahan dapat menunaikan hajat orang ramai.


Dengan penuh rasa syukur ke Hadrat Ilahi, Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah baru sahaja memperbaiki van maahad yang rosak. Untuk makluman, van ini merupakan salah satu kenderaan yang penting dalam memastikan pelajar-pelajar kami dapat bergerak dengan baik dan selesa, seperti bagi menunaikan solat Jumaat, jemputan solat jenazah, jemputan majlis doa selamat, rehlah, lawatan ilmiah, riadah dan sebagainya. Oleh itu, pihak kami menyeru kepada semua orang agar sama-sama berinfak ke jalan Allah untuk membantu memperbaharui van yang rosak supaya anak-anak ini dapat menunaikan hajat orang ramai.



Insya-Allah dengan kempen infaq ini, ia dapat menampung kos perbaikian bagi van rosak ini.


Pihak kami merayu muslimin dan muslimat sama-sama berinfak membantu kempen ini demi keselesaan para pelajar. Keselamatan dan keselesaan mereka adalah keutamaan kami di sini.



Sabda Rasulullah SAW

“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang soleh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya” 

(Riwayat al-Muslim)



Akhir kata, kami di sini sekali lagi menyeru bagi kemudahan mereka untuk menunaikan hajat orang ramai dan masyarakat setempat. Apa sahaja yang kita infakkan ini akan menjadi saham akhirat kita kelak. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amin Ya Rabbal Alamin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHD FUAD BIN ABDUL HAZIZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 21, 2025

SITI KHAMISAH BINTI MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 20, 2025

MUHAMAD AMIN BIN MD SARIF

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 20, 2025