MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 28, 2023

TABUNG INFAQ KITAB AGAMA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM887 / 29.57 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

44 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM HIBURKAN PARA PELAJAR TAHFIZ DENGAN BAHAN BACAAN YANG BERMANFAAT. BANTU MEREKA MENJADI GENERASI MUDA YANG CINTAKAN ILMU.


Pihak maahad memohon sumbangan daripada muslimin dan muslimat yang dirahmati untuk pembelian kitab-kitab agama kepada 70 orang para pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Kitab-kitab agama di maahad tahfiz tidak hanya menjadi rujukan pengajian ilmu para pelajar, tetapi secara tidak langsung akan membentuk keperibadian para pelajar tahfiz.



Sebagaimana diketahui umum, ilmu merupakan perkara yang sangat diperlukan oleh manusia khususnya umat Islam untuk mencapai kebaikan dan kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat. Menuntut ilmu adalah sebahagian daripada ibadah dan kewajipan setiap Muslim, tidak ada pengecualian karena sesungguhnya seluruh umat Islam wajib untuk belajar. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari mengenai kepentingan ilmu.


“Berilmulah sebelum kamu berbicara, beramal, atau beraktiviti.” (HR Imam Bukhari)



Maahad tahfiz dihuni oleh para pelajar yang juga memiliki guru dari seseorang yang ahli dalam ilmu agamanya. Diwajibkan pelajar untuk menginap di asrama adalah untuk memaksimakan ilmu yang dipelajari secara langsung baik melalui teori dan praktikal. Di dalam maahad, seorang pelajar tahfiz dapat melaksanakan ajaran Islam seperti berpuasa, solat serta bagaimana berhubungan sosial dengan orang lain sehingga mutiara ilmu agama dapat diperoleh dan dipelajari lebih maksimum.



Sehubungan itu, pihak maahad mengadakan kempen tabung infaq bagi mewujudkan budaya generasi muda khususnya pelajar tahfiz agar suka membaca, mempunyai nilai suka kepada ilmu pengetahuan di dalam menjalani kehidupan seharian. Ini adalah kerana ilmu atau pengetahuan yang berfungsi sebagai pelengkap kehidupan yang semenatara ini sering kali diabaikan. Dalam zaman ledakan maklumat, pemilihan bahan bacaan kitab atau buku agama dan ilmiah yang sesuai dengan keperluan perkembangan diri pelajar amatlah penting.



Marilah rebut kesempatan menginfaq kitab-kitab agama dan juga bahan-bahan ilmiah buat 70 orang pelajar di sini. Selagi mereka mendapat manfaat daripada kitab-kitab yang para penyumbang infaqkan, selagi itulah pahala dan saham akhirat anda akan berjalan. Malah, ilmu yang mereka dapat pelajari itu, pahalanya akan mengalir ke buku amalan para penginfaq. Inilah yang dikatakan sebagai amal jariyah iaitu amal yang berterusan pahalanya. Jazakamulullahu khairan jaza’


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM80.00

Apr 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 07, 2023

ENDON BINTI AHMAD

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat