MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 21, 2023

TABUNG INFAQ PEMBINAAN MENARA AZAN

RM60 / 0.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH SALURKAN WANG RINGGIT SERENDAH RM10 UNTUK MENJAYAKAN KERJA PEMBINAAN MENARA AZAN DI SURAU TAHFIZ SURAU HIDAYAH.


AYUH SALURKAN WANG RINGGIT SERENDAH RM10 UNTUK MENJAYAKAN KERJA PEMBINAAN MENARA AZAN DI SURAU TAHFIZ SURAU HIDAYAH.


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,


Pihak maahad mengajak seluruh komuniti yang beriman dan cintakan kebaikan untuk bersama-sama menyumbangkan infaq bagi pembinaan menara azan di Surau Maahad Tahfiz kami. Sumbangan daripada saudara-saudari sekalian tidak hanya menjadi bekal untuk membiayai kos pembangunan menara, tetapi lebih daripada itu kerana ianya adalah pelaburan ke arah keberkatan dan kesejahteraan rohani dalam kalangan pelajar dan seluruh jemaah.



Menara azan yang akan dibina kelak bukanlah sekadar sebuah struktur, tetapi merupakan simbol kebesaran Islam yang akan memberikan pengumuman panggilan azan yang merdu ke seluruh lingkungan Maahad. Ianya akan menjadi pusat keberkatan, mengingatkan para pelajar kami tentang kepentingan ketaatan kepada Allah SWT dan memberikan inspirasi untuk menjalani kehidupan dengan penuh takwa.



Setiap sumbangan yang diberikan ianya amat bermakna yang akan menjadi pelaburan akhirat yang berterusan dalam perjuangan untuk meningkatkan keagungan ibadah di Maahad ini. Sumbangan ini juga akan menyokong pendidikan agama dan membantu membina generasi pelajar yang cemerlang dalam ilmu dan amal ibadah.



Akhir kata, marilah bersama-sama menyumbang dengan ikhlas, dengan keyakinan bahawa setiap ringgit yang disalurkan adalah satu langkah menuju pembangunan menara azan yang akan menjadi penyeri hidup di Maahad Tahfiz ini. Semoga setiap sumbangan kita diterima sebagai amalan kebaikan yang akan mendatangkan keberkatan dari Allah SWT. Jazakumullahu khairan jaza


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Dec 25, 2023

MOHAMAD AZLI RAZALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Dec 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat