MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 27, 2023

TABUNG INFAQ PENAPIS AIR UNTUK PELAJAR TAHFIZ ASNAF

RM385 / 7.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

KEJAR PAHALA JARIYAH BERTERUSAN DI AWAL ZULHIJJAH UNTUK BANTU HADIRKAN SEBUAH PENAPIS AIR BERSIH BUAT ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF DAN MISKIN DI MAAHAD KAMI.


Bantu menyediakan bekalan air minuman bersih kepada orang yang memerlukan merupakan salah satu amalan yang mulia. Terdapat banyak keutamaan memberi sedekah atau bantuan air bersih. Dalam suatu hadis dinyatakan bahawa sedekah air menjadi salah satu jalan untuk mendapatkan pengampunan Allah SWT dan akhirnya mendapatkan syurga.



Dewasa ini, penapis air menjadi satu keperluan untuk memastikan kita mendapat bekalan air bersih. Keperluan air bersih adalah di antara paling utama untuk menjaga kesihatan diri agar tidak minum air yang berkarat dan mempunyai kuman atau bakteria. Setiap hari tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya 1 liter air bersih untuk memastikan segala organ dan sel-sel dapat berfungsi dengan sempurna bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi. 




Sehubungan itu, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah membuka Tabung Infaq Penapis Air kepada orang ramai buat anak-anak tahfiz kami. Hasil sumbangan para dermawan daripada kempen yang lalu pihak maahad berhasil membeli sebuah penapis air Coway, namun masih belum mencukupi bagi menampung bilangan pelajar kami seramai 70 orang. Pihak maahad berhasrat ingin menambah fasiliti penapis air lagi untuk kemudahan para pelajar kami.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jutaan terima kasih buat para penyumbang atas kebaikan dan kemurahan hati kalian. Semoga sumbangan infaq ini memberikan manfaat yang besar bagi anak-anak tahfiz kami dan juga menjadi ladang pahala bagi semua para penyumbang yang terlibat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2023

AZLAN BIN ABDUL AZIZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 04, 2023

Kempen Sumbangan Tamat