MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 10, 2023

TABUNG DANA PENDAWAIAN ELEKTRIK KEDIAMAN PELAJAR TAHFIZ

RM525 / 1.98 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM26,450

40 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAIH LIMPAHAN REZEKI DAN KEBAIKAN DENGAN MEMBANTU MEMBERI KESELESAAN KEPADA PARA PELAJAR TAHFIZ. DENGAN SERENDAH RM10 SALURKAN INFAQ UNTUK PENDAWAIAN ELEKTRIK DI KEDIAMAN PELAJAR TAHFIZ.


Assalamualaikum wbt kepada muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah SWT. Pihak maahad mengadakan kempen untuk memohon sumbangan infaq daripada muslimin dan muslimat untuk sama-sama membantu pihak maahad kami di sini membayar dan membiayai perbelanjaan pendawaian elektrik kediaman pelajar maahad yang masih belum mencukupi. Maahad kami di sini seperti maahad-maahad tahfiz yang lain juga kekurangan sudut dana untuk pembangunan yang mana kebanyakannya diperolehi daripada sumbangan orang ramai dan NGO yang terlibat.



Pihak maahad memerlukan dana untuk melakukan pendawaian elektrik di kediaman pelajar secara sempurna untuk keselamatan para pelajar tahfiz. Kami berharap ada tangan-tangan keramat yang berhati emas di luar sana yang sudi bersama pihak maahad untuk mencukupkan jumlah RM26,450 yang diperlukan. Berikut kami lampirkan sebut harga bagi kerja-kerja pendawaian elektrik di asrama pelajar.



Setelah dua tahun berlalu, akhirnya bangunan kediaman pelajar telah siap dibangunkan hasil sumbangan orang ramai. Namun, untuk kerja-kerja pendawaian elektrik masih belum dapat di jalankan kerana menelan kos yang agak tinggi. Pihak maahad masih mengumpul dana sehingga mencukupi agar pemasangan pendawaian elektrik dapat dijalankan secepat mungkin sebelum menjelangnya Ramadhan tahun ini.



Kediaman pelajar itu kelak akan menempatkan 60 orang pelajar hafiz yang belajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Dengan nikmat rezeki yang Allah kurniakan, sama-samalah menghulurkan sumbangan kecil walau serendah RM10 buat mereka agar mereka juga dapat menikmati bekalan elektrik yang selamat, tidak kepanasan dan bermandi peluh di malam hari serta selesa untuk menginap di kediaman asrama sepanjang belajar di sini. Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan dan jasa baik para penyumbang yang dirahmati Allah SWT bagi merealisasikan kerja pendawaian elektrik yang selamat di kediaman pelajar tahfiz. Ketahuilah, salah satu pintu rezeki adalah membantu para pelajar yang sedang menuntut ilmu kerana mereka termasuk orang-orang yang berjuang di jalan Allah dengan cara mempelajari, mengamalkan dan menyebarkan agama Allah SWT. Bahkan, orang yang membantu para pelajar turut mendapatkan pahala yang sama seperti mereka, pahala yang akan terus mengalir sampai hari kiamat.


“Dahulu ada dua orang bersaudara di masa Nabi SAW. Salah satu dari keduanya selalu mendatangi Nabi SAW (untuk menuntut ilmu agama), dan salah satunya lagi sibuk bekerja, maka yang bekerja ini mengadukan saudaranya (yang tidak membantunya bekerja) kepada Nabi SAW, beliau pun bersabda: Boleh jadi engkau diberi rezeki kerana saudaramu itu.” (HR At-Tirmizi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 12, 2023

NIS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 12, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 11, 2023

Kempen Sumbangan Tamat