MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 06, 2023

TABUNG INFAQ PETI SEJUK BEKU TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM FASA II

RM1,565 / 52.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

79 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU INFAQ UNTUK PEMBELIAN PETI SEJUK BEKU KEPADA TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM BERIKAN INFAQ SERENDAH RM10 PADA HARI TERBAIK UNTUK KEMUDAHAN ANAK-ANAK TAHFIZ DI SINI.


“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (S.Al-Baqarah: 267)



Kami pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah merayu muslimin muslimat yang sudi membantu infaq sebuah peti sejuk beku bagi kemudahan fasiliti di dapur maahad. Untuk pengetahuan semua para pelajar kami seramai 40 orang terdiri daripada pelajar asnaf dan juga anak-anak yatim.



Pihak maahad memerlukan sebuah unit peti sejuk beku berkapasiti besar dan kami mengharapkan tuan puan dapat membantu merealisasikan impian maahad memilikinya untuk kegunaan harian di sini. Peti sejuk tersebut akan dimanfaatkan untuk menyimpan bahan basah seperti ikan, ayam dan lain-lain. Peti sejuk yang sedia ada di maahad bersaiz kecil dan sudah tidak mencukupi ruang bagi menyimpan bahan basah.



Sehubungan itu, pihak maahad mengadakan kempen tabung infaq bagi mencari dana pembelian sebuah peti sejuk beku untuk kemudahan fasiliti di dapur. Anggaran kos untuk sebuah peti sejuk beku yang berkapasiti besar adalah RM2500. Dengan serendah RM10 muslimin dan muslimat akan mendapat manfaat hingga ke akhirat kerana membantu memudahkan maahad menyediakan fasiliti buat golongan pencinta Al-Quran ini. Anggaplah anak-anak tahfiz ini seperti anak-anak anda dan insyaAllah mereka akan terus menerus mendoakan kejayaan, kebahagiaan dan kemurahan rezeki buat kalian.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza’ atas kebaikan dan kemurahan hati muslimin dan muslimat yang bantu menyumbang untuk tabung infaq bagi menyediakan kemudahan peti sejuk beku buat anak-anak tahfiz di sini. Ingatlah semakin banyak kalian menyumbang maka semakin banyak pertolongan serta bantuan yang Allah turunkan kepada anda semua.



Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda : Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barangsiapa yang menjadi mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memenudahkannya di dunia dan dia khirat. Barangsiapa yang menutupi aib serorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka meolong saudaranya.”

(HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat