BANTU PEMBELIAN PINTU KACA ASRAMA ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

Dimulakan pada:
12 Nov, 2025
BANTU PEMBELIAN PINTU KACA ASRAMA ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF
7.12%
RM285
/RM4,000
8
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Sedekah yang kekal pahalanya adalah sedekah yang memberi manfaat kepada orang lain. Ayuh bersama kami bantu hadirkan pintu asrama buat kemudahan dan keperluan asrama anak tahfiz, yatim dan asnaf.

Assalamualaikum wbt. Dengan penuh rasa tawaduk dan rendah hati, pihak pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memaklumkan bahawa kami sedang melaksanakan Kempen Infaq Pintu Kaca Asrama Anak-Anak Tahfiz.

Tujuan utama kempen ini adalah bagi menaik taraf kemudahan asrama anak-anak tahfiz yang kini mengikut garis panduan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang mengutamakan aspek keselamatan warga tahfiz. Antara keperluan utama yang dikenalpasti ialah penggantian pintu lama kepada pintu kaca baharu yang lebih kukuh, selamat dan bersih.

Pintu kaca bukan sekadar elemen fizikal semata-mata, tetapi ia mempunyai nilai fungsional yang besar:

1. Keselamatan dan ketahanan – Pintu kaca yang berkualiti tinggi lebih tahan lama, selamat, serta mudah diselenggara berbanding pintu kayu lama yang sudah rosak dan reput.

2. Kebersihan dan ketelusan – Reka bentuk pintu kaca memudahkan pemantauan serta menambah pencahayaan semula jadi di dalam asrama. Ini mewujudkan suasana yang lebih cerah, bersih dan selesa untuk para pelajar.

3. Keselesaan anak-anak Tahfiz – Persekitaran yang kondusif memberi kesan besar terhadap tumpuan dan semangat mereka menuntut ilmu.

Setiap sen yang disumbangkan untuk projek ini adalah sedekah jariah yang akan terus mengalir pahalanya selama mana kemudahan ini digunakan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sumbangan boleh dibuat mengikut kemampuan masing-masing berinfaq seikhlas hati walau sedikit, kerana setiap sumbangan tetap bermakna di sisi Allah SWT. Sesungguhnya setiap bantuan yang dihulurkan akan menjadi bekalan pahala abadi di akhirat, serta menjadi penyebab ketenangan dan keberkatan hidup di dunia. Semoga Allah SWT membalas setiap sumbangan anda dengan rezeki yang melimpah ruah, keluarga yang bahagia, serta kedudukan yang mulia di sisi-Nya.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 01, 2025
SYAMSUL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2025
NUR AMALINA ADAM
NUR AMALINA ADAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2025
BADARIAH BORHAN
Menyumbang sebanyak RM200.00
Nov 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 14, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BERSATU UNTUK SUDAN KASIH TANPA SEMPADAN
PROGRAM BERBUKA PUASA BAGI ANAK YATIM ASNAF
BANTU PEMBELIAN RUMAH KEKAL UNTUK WARGA EMAS
BERKONGSI REZEKI RAMADAN DI TANAH SUCI
BANTUAN BAKUL KASIH ASNAF RAMADAN
Kempen Sumbangan Tamat