Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,107 / 11.07 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
34 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) giat menjalankan program dan aktiviti dalam memperkasa pendidikan ummah termasuklah penajaan pendidikan IPT/ sekolah, bantuan awal pengajian dan pelaksanaan projek tuisyen percuma kepada pelajar kurang berkemampuan.
Program yang kami jalankan ini menyasarkan anak pelajar dari kalangan keluarga asnaf yang kurang kemampuan tapi mempunyai azam untuk meneruskan pelajaran dengan sungguh-sungguh. Program tajaan pendidikan yuran pengajian dan projek tuisyen percuma antara inisiatif yayasan untuk membantu menyediakan keperluan pendidikan yang baik dan berkualiti kepada mereka di samping memartabatkan taraf pendidikan masyarakat.
Ini antara kejayaan pelajar tajaan kami yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2022 (9A)
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Orang-orang yang menginfakkan hartanya malam dan siang hari (secara) sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.”
(Surah al-Baqarah: 274)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami