Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 28, 2024
RM350 / 11.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
10 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon sumbangan daripada anda untuk membantu untuk memberikan sumbangan beras kepada pelajar di maahad kami di sini yang kurang berkemampuan. Sehubungan itu, maahad tahfiz kami mempunyai seramai 65 orang pelajar dan sebahagian daripada mereka adalah daripada keluarga asnaf dan yang kurang berkemampuan.

Oleh kerana itu, pihak maahad berharap anda dapat menbantu kami dalam mendapatkan beras bagi mencukupi keperluan asas harian. Semoga anak-anak syurga ini dapat belajar dengan lebih selesa. Justeru, pihak maahad melancarkan kempen dengan serendah RM10 untuk sesiapa yang sudi berinfak kepada maahad kami.

مِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Maksudnya: "(Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunaikan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka."

Akhir kata, pihak maahad berharap kepada muslimin dan muslimat agar sama-sama dapat membantu kami di sini. Semoga derma yang para penyumbang infakkan akan menjadi bekal yang berkekalan untuk dibawa pulang ketika bertemu Allah SWT kelak.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami