MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 13, 2023

TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM170 / 3.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

KEJAR KEBERKATAN DAN KEREDHAAN ALLAH DENGAN BERKONGSI REZEKI KEPADA GOLONGAN YANG SELALU BERDAMPING DENGAN AL-QURAN. JOM BANTU KAMI!


AJK Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah mengadakan kempen tabung Infaq Kebajikan dan Pendidikan kepada muslimin dan muslimat untuk membantu pelajar tahfiz daripada kalangan anak-anak yatim, asnaf dan fakir miskin. Bayangkan mereka seperti anak-anak kita yang berhak untuk mendapat peluang dan hak untuk belajar Al-Quran dan juga mendalami ilmu agama sebagai bekal untuk meneruskan kehidupan.



Di tengah ketidakstabilan ekonomi seperti sekarang ini, pihak maahad perlukan dana untuk terus menyara dan menjaga anak-anak yatim dan juga asnaf di sini dengan keperluan harian yang secukupnya. Sumbangan ini juga akan gunakan untuk memberi makan, bantuan kebajikan, pendidikan dan kesihatan para pelajar tersebut. Selain itu juga akan digunakan untuk bantuan operasi dan biasiswa kepada pelajar tahfiz asnaf dan anak yatim di maahad untuk sepanjang Ramadhan 1444H nanti.



Pihak maahad berharap dengan adanya sumbangan dana ini dapat membantu semangat para pelajar tersebut untuk tetap berjuang menghafaz Al-Quran tanpa perlu mereka khuatirkan tentang yuran bulanan. Besar harapan maahad agar dapat mendidik anak-anak yatim dan juga asnaf ini agar kelak menjadi generasi Muslim muda yang bermartabat, sehingga dapat memuliakan dan mengamalkan agama Islam kepada masyarakat.



Rasulullah SAW memberi jaminan bahawa pahala menyantuni anak yatim adalah setanding dengan pahala orang berjihad, disamakan dengan ganjaran pahala bangun pada waktu malam dan berpuasa di siang hari kemudian dilanjutkan dengan keluar untuk jihad di jalan Allah SWT. Rumah yang ada memelihara kelompok tersebut akan diberkati Allah SWT. Selain manfaat dan meraih rezeki sebagaimana yang dijanjikanNya. Malah, Rasulullah SAW sendiri pun memelihara anak yatim dan menjadikan mereka sebagai anak angkat baginda. Antaranya ialah Zaid bin Tsabit dan Zaid bin Harithah yang semuanya dilayan seperti anak sendiri.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullhu khairan jaza kepada para dermawan yang bersama mewujudkan misi mulia membantu kebajikan para pelajar tahfiz asnaf dan anak-anak yatim di sini. Semoga sumbangan rahmah daripada para penyumbang yang prihatin bagi menyantuni anak yatim dan asnaf akan mendapat ganjaran sewajarnya di akhirat kelak seperti sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua jari ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari Baginda SAW) di syurga.” (HR Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 15, 2023

NURITA SIDEK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 15, 2023

Kempen Sumbangan Tamat