RAYUAN DANA TABUNG KECEMASAN KITA BANGKIT

RM100 / 0.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom kita bina kekuatan tabung ini dengan persefahaman dan sumbangan antara kita. Sumbangan ini akan diberikan kepada mereka yang tidak berkemampuan.


Alangkah indahnya jika ramai rakyat Malaysia sentiasa bersiap siaga dan bersama-sama menyumbang dalam menjayakan matlamat kebajikan bersama. Pernah tak kita terfikir, berapakah kos yang perlu dibelanjakan setiap hari untuk menjalani kehidupan seharian.


Ramai masyarakat di luar sana yang mengalami pelbagai masalah dalam aspek yang berbeza. Ada yang mengalami masalah kesihatan, masalah perbelanjaan harian, masalah tempat tinggal, masalah pendidikan anak-anak dan sebagainya. Namun, semua masalah ini berpunca dari tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi.



Jadi, kami cuba untuk memikirkan apakah jalan penyelesaian yang kita mampu lakukan sekarang. Apa kata kita bangkit bersama-sama untuk menjayakan tabung ini? Kita berikan nama sebagai Tabung Kecemasan Kita Bangkit. Tujuan pelaksanaan tabung ini adalah untuk mendapatkan suntikan dana bagi pelaksanaan projek usahawan jangka panjang yang membuka peluang menambah pendapatan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.


Mengumpul anak-anak muda untuk berkhidmat sebagai penghantar makanan. Memberi peluang kepada masyarakat yang kurang berkemampuan untuk menyertai program keusahawanan dan berusaha untuk membantu mereka mendapatkan kerjasama dan bantuan dari agensi kerajaan.



Kami yakin, dengan adanya ramai masyarakat yang prihatin di luar sana. Kita mampu menjayakan tabung ini dengan kekuatan sumbangan serendah RM10 sahaja, sekaligus menjayakan misi dengan jumlah penyumbang yang paling ramai. Kita bantu tingkatkan ekonomi hidup sesama kita, dengan mengurangkan kemiskinan sedikit demi sedikit, sehingga mampu menghapuskan kemiskinan secara keseluruhan pada masa akan datang bagi semua yang terlibat.



Dengan melahirkan masyarakat yang mampu berjaya dalam mengharungi keperitan hidup, kita juga akan menanam nilai kebaikan dalam diri mereka dengan melakukan kebaikan membantu orang lain pula. Dalam rezeki kita, sudah terjamin rezeki untuk orang lain juga. Jom kita bina kekuatan tabung ini dengan persefahaman dan sumbangan antara kita. Tiada yang mustahil untuk kita membina dan menjayakan Tabung Kecemasan Kita Bangkit ini. 



"Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, dia akan mendapatkan pahala seperti yang melakukannya."


Terima kasih atas sumbangan semua. Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di Syurga kelak, Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zamzam, dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di dunia dan akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHD FERDAUS BIN YAHYA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat