Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ADYAN NADZIR KUCHING (SAHABAT ADYAN NADZIR CARE)
Dimulakan pada Oct 10, 2023
RM630 / 1.26 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
17 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pergolakan yang berlaku pada masa kini telah membawa kepada satu suara yang besar kepada masyarakat dunia yang membela nasib rakyat Palestin yang telah ditindas berdekad-dekad lamanya. Sudah pasti dalam keadaan yang bergolak ini, rakyat Palestin memerlukan bantuan masyarakat dunia untuk membantu mereka dalam apa jua perkara.
Oleh yang sedemikian, kali ini kami juga tampil berdiri seiringan bersama pelbagai pihak berganding bahu mengumpul dana atas tujuan tersebut. Maka, di sini kami merayu, marilah bersama-sama kami untuk menjayakan kempen kali ini. Semoga dengan asbab sumbangan kita semua. Kita mampu membela nasib rakyat Palestin walaupun berada jauh dari mereka.
Hanya Allah SWT yang mampu membalas kepada anda semua. Bantulah sekadar yang mampu, ukirlah senyuman di wajah mereka dengan sumbangan anda.
Rasulullah SAW bersabda :
"Barang siapa yang menunjukkan suatu kebaikan, dia akan mendapatkan pahala seperti yang melakukannya."
Terima kasih atas sumbangan semua. Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di syurga kelak, Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zamzam dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di dunia dan akhirat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Sebanyak RM525.50 telah berjaya dikumpulkan setakat jam 10.40 pagi ini. Lebih banyak dana diperlukan untuk kita bersama-sama bangkit membantu saudara kita di Palestin menghadapi segala ujian yang datang.
Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan. Semoga Allah melipat gandakan rezeki anda semua dan permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Rabbal'Alamiin..
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Sumbangan daripada orang ramai masih diperlukan bagi membantu rakyat Palestin yang sedang diuji sekarang. Marilah kita berganding bahu menjayakan usaha ini.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Aamiin Ya Rabbal'Alamiin...
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Sebanyak RM299.50 telah berjaya dikumpulkan setakat jam 10.00 malam ini. Lebih banyak dana diperlukan untuk kita bersama-sama bangkit membantu saudara kita di Palestin menghadapi segala ujian yang datang.
Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan. Semoga Allah melipat gandakan rezeki anda semua dan permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Rabbal'Alamiin...
🛑 TERKINI | Jumlah korban syahid Palestin telah meningkat lebih daripada 1354 manakala jumlah kecederaan 6049 orang, lapor Kementerian Kesihatan di Gaza.
Sumber: PALM
==============================
Jom berikan sumbangan anda untuk rakyat Palestin. Sumbangan anda amat berharga buat mereka.
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Sebanyak RM235.50 telah berjaya dikumpulkan setakat jam 5.00 petang ini. Lebih banyak dana diperlukan untuk kita bersama-sama bangkit membantu saudara kita di Palestin menghadapi segala ujian yang datang.
Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan. Semoga Allah melipat gandakan rezeki anda semua dan permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Rabbal'Alamiin...
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 11, 2023