PERTUBUHAN MUHAJIRIN SABAH

Dimulakan pada Jun 10, 2023

TABUNG MUHAJIRIN SABAH

RM325 / 0.65 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bersama-sama Pertubuhan Muhajirin Sabah dalam usaha kita menyantuni golongan yang berhijrah memilih Islam dalam kehidupan mereka. Sumbangan anda amat diperlukan untuk kukuhkan keimanan mereka.


Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Abu Na’im:


كَادَ اْلفَقْرُ أَنْ يَكُوْنَ كُفْرًا

Artinya: “Kemiskinan itu dekat kepada kekufuran.”

Berdasarkan Hadis Nabi SAW ini, Pertubuhan Muhajirin Sabah membuka peluang kepada semua untuk kita bersama-sama memberi sinar kekuatan kepada golongan yang berhijrah memilih Islam dalam kehidupan mereka. Majoriti golongan ini adalah golongan miskin yang memerlukan sokongan daripada kita semua.


Pertubuhan Muhajirin Sabah memberi fokus untuk menyantuni golongan mualaf yang amat memerlukan sokongan dari sudut kebajikan dan kefahaman Islam. Ini kerana golongan ini mudah akan kembali kepada agama asal mereka, jika kita tidak menyantuni mereka.


Salah satu aktiviti yang dijalankan oleh Pertubuhan Muhajirin Sabah adalah ziarah kepada golongan mualaf yang menghadapi masalah kekeliruan akidah selepas mereka memeluk Islam.


Selain itu, Pertubuhan Muhajirin Sabah akan memberi fokus untuk menyantuni golongan mualaf dalam pengurusan jenazah, aspek ini perlu dititikberatkan kerana ada dalam kalangan mualaf menghadapi kes pertikaian jenazah sama ada diuruskan secara Islam atau sebaliknya.


Selain itu, Pertubuhan Muhajirin Sabah juga akan memberi fokus aspek pendidikan mualaf dengan menjalankan kelas bimbingan kepada mereka.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Aug 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Aug 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat