TERATAK TAUTAN KASEH MURABBI

Dimulakan pada May 13, 2023

TABUNG PEMBANGUNAN PONDOK TARBIAH 2023

RM395 / 0.79 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

12 Penyumbang

8 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

RM10 dari anda amat bermakna buat kami. Jom sama-sama mengejar kebaikan bagi membantu anak-anak yang terkesan di Pondok Tarbiah Murabbi ini.


Teratak Tautan Kaseh Murabbi (TTKM) telah ditubuhkan pada tahun 2013 yang bertempat di Sg. Petani, Kedah. TTKM dipimpin dan diasaskan oleh seorang hamba Allah yang diberi nama Ryzal Bin Ramli. Penghuni di sini tergolong dari insan-insan yang mempunyai masalah dari segi kemiskinan, penceraian ibu bapa, muallaf, keruntuhan akhlak dan ketagihan. Lapisan umur penghuni di sini bermula dari 12 tahun hingga 28 tahun khusus kepada lelaki sahaja.



Pada detik tahun 2020, pihak TTKM telah terjejas untuk membiayai setiap kos utiliti dan sewaan serta pembayaran gaji untuk semua staf. Kewujudan COVID-19 telah menjejaskan segala-galanya dalam meneruskan perjuangan ini. Berikutan dengan kejadian tersebut, pihak TTKM berhasrat untuk mencari penginapan baharu bagi menampung semula penghuni tersebut.



Alhamdulillah pada hujung tahun 2022 pihak TTKM telah ditawarkan untuk menduduki dan menyewa di tempat baru yang beralamat di Kampung Kubang Lintah, Mukim Jeneri, Sik, Kedah. Bermula di sini pihak TTKM bergiat aktif untuk mencari dana dan terus mencari penyumbang bagi mewujudkan semula pembangunan TTKM yang baru.



Ayuhlah sama-sama kita berganding bahu dalam memberi bantuan. Walaupun kita tidak mampu untuk memberikan bantuan secara tenaga dan bersemuka, namun bantuan secara tunai sudah cukup memberikan sinar harapan buat pihak TTKM. Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:


مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ


“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain melainkan Allah akan menambah kemuliaannya, dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”

(Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 11, 2024

NUR ATIKAH BINTI MUHAMAD SHAKIR

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 13, 2023

SATIPAH LATEH

Menyumbang sebanyak RM200.00

Oct 10, 2023

NUR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 05, 2023