KEMPEN TABUNG PENDIDIKAN ANAK BERKEPERLUAN KHAS - PUTRAJAYA

RM1,015 / 0.36 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM280,000

45 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen Tabung Pendidikan untuk anak-anak penyandang autism, ADD, ADHD, lambat bercakap, dan juga yang mengalami kesukaran bersosial dan berinteraksi bagi membiayai pembelajaran mereka selama setahun.


Assalamualaikum WBT Para Penyumbang. Kami dari Islamic Socioeconomic Development Foundation (ISDEF) dengan rendah hati ingin mengajak para penyumbang untuk membantu anak-anak berkeperluan khas dari golongan yang kurang berkemampuan bagi meneruskan pembelajaran di sebuah akademi di Putrajaya. Pada masa ini, keperluan pendidikan khas semakin meningkat, begitu juga permintaan sekolah khusus untuk anak berkeperluan khas.



Kami menyasarkan bantuan pendidikan selama setahun kepada anak-anak penyandang autism, ADD, ADHD, lambat bercakap, dan juga yang mengalami kesukaran bersosial dan berinteraksi. Anak-anak ini digalakkan bersekolah serta bergaul dengan anak tipikal dan diajar oleh guru-guru yang berpengalaman supaya dapat mengoptimumkan potensi mereka.



Anak-anak berkeperluan khas ini akan mempelajari subjek seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Seni. Di samping itu, terdapat pelbagai aktiviti yang berasaskan pembelajaran dan sokongan daripada segi komunikasi, carakerja, bermain dan berinteraksi bersama anak-anak tipikal yang lain. Matlamat akademi ini adalah menyatukan anak-anak tipikal dan anak berkeperluan khas dengan menyediakan suasana pembelajaran yang inklusif, di mana mereka akan saling membantu antara satu sama lain.



Oleh itu, kami di ISDEF memohon untuk anda bersama-sama membuka peluang anak-anak berkeperluan khas untuk belajar dalam keadaan yang kondusif. Jom menyumbang demi pendidikan khas anak-anak ini. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 01, 2022

Kempen Sumbangan Tamat