TABUNG INFAK PENGURUSAN SRITBEST FASA 2

RM570 / 1.43 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM40,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

KAMI MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK DANA OPERASI DAN PENGURUSAN. AYUH BANTU KAMI! SUMBANG SERENDAH RM10.


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Didoakan semoga tuan/puan dan keluarga berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT hendaknya. Dalam tempoh endemik ini, SRITBEST memerlukan dana untuk menampung kos pengoperasian dan pengurusan sekolah. 


Dengan yuran pelajar RM310.00 sebulan, kami hanya mampu untuk lunaskan bayaran elaun, dan makan minum pelajar yang meningkat akibat dari kenaikan harga bahan mentah. Kami dengan rasa rendah diri memohon jasa baik para penyumbang untuk sama-sama berganding bahu membantu Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Bestari bagi meneruskan operasi dalam masa yang amat genting ini.

Kos operasi pengurusan sekolah bagi tempoh satu bulan adalah :
Elaun guru/staf : RM25,000.00
Makan dan minum pelajar : RM5,000.00
Sewa bangunan: RM5,000.00
Bil utiliti: RM5,000.00


Kami juga membuka peluang bagi para penyumbang yang ingin berkongsi rezeki dengan menyalurkan bahan-bahan kering/mentah seperti :
1. Beras
2. Serbuk Minuman (MILO dsb)
3. Kordial
4. Bihun
5. Minyak masak
6. Gula
7. Susu pekat
8. Ayam/Daging
9. Santan Kotak
10. Telur


Dengan sumbangan kalian semua, moga dapat membantu kami dalam meringankan beban kewangan yang kami sedang hadapi beberapa bulan ini. Moga dengan sedikit bantuan dari kita semua menjadi saham disana kelak. InsyaAllah. Sekian, Terima Kasih. Jika tuan/puan ingin mendapat maklumat yang lebih lanjut boleh terus hubungi kami :
1. 04-4445666 (Waktu Pejabat)


“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.” Riwayat Al-Bukhari – 1897 dan Muslim – 1705

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Aug 18, 2022

Kempen Sumbangan Tamat