Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM5,843 / 58.43 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
270 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) ditubuhkan di Malaysia pada 27 September 2003. Kami berusaha untuk menjadi landasan utama yang memacu perkembangan pendidikan berkualiti sejajar dengan Dasar Pendidikan Nasional Malaysia. Antara objektif penubuhan adalah mendokong perkembangan pendidikan selaras dengan Dasar Pendidikan kebangsaan & Akta Pendidikan 1961 serta menyediakan bantuan kewangan tajaan biasiswa dalam menggalakkan pendidikan.
Pihak Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) sangat berbesar hati memohon jasa baik YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan yang budiman untuk sama-sama menyumbang saham dalam Tabung Prihatin Pendidikan (Pelajar asnaf/anak yatim kurang kemampuan/golongan memerlukan) bagi memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran mereka dengan lebih baik demi memperoleh kecemerlangan dan kejayaan.
Diharapkan usaha ini dapat membantu meringankan beban kewangan pelajar dalam mendapatkan keperluan pendidikan yang baik dan berkualiti serta memudahkan urusan pengajian mereka menuntut ilmu pengetahuan. Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dialu-alukan untuk bersama-sama kami dalam usaha meraih pahala serta merebut peluang keemasan ini.
Jazakumullah khairan kathira atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga Allah mengganjari Dato’/Datin/Tuan/Puan dengan sebaik-baik ganjaran serta dipermudahkan segala urusan.
Sebarang persoalan, hubungi
Yayasan Pendidikan Islam Aman
Bersama YPIA Membangun Ummah
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة
Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (Riwayat al-Bukhari)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 06, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2022
SUKAYLIZA ABDUL RAZAK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 05, 2022