MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 06, 2023

TABUNG SEDEKAH RAMADAN KARIM PELAJAR TAHFIZ

RM920 / 18.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

53 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BERKONGSI KEBERKATAN PUASA UNTUK PELAJAR TAHFIZ DI BULAN RAMADAN DENGAN SEDEKAH MAKANAN. RAIH PAHALA PUASA DARI SETIAP SUAPAN MEREKA.


Saat Ramadhan tiba, pihak madrasah dan para pelajar bimbang sekiranya tidak ada makanan untuk berbuka. Namun, semua itu hilang ketika kebaikan daripada para dermawan datang. Majoriti para pelajar tahfiz datang daripada keluarga asnaf dan anak yatim. Ibu bapa mereka kebanyakannya bekerja sendiri seperti pesawah nelayan dan peniaga kecil. Oleh sebab itu, untuk menampung perbelanjaan makanan setiap hari pihak maahad memerlukan sumbangan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan mencukupi kepada pelajar tahfiz.



Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat dimuliakan. Bulan yang penuh dengan keberkatan ini memberi kita peluang untuk menambah pahala dan memohon keampunan dari Allah S.W.T dengan melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Allah. Salah satu keutamaan bersedekah di bulan Ramadan adalah setiap orang akan lebih dimudahkan untuk berbuat amalan kebaikan, termasuklah bersedekah. Tidak dapat dinafikan bahawa manusia ini mudah terhasut dengan godaan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan dan meninggalkan kebaikan. Dalam Al-Quran, syaitan berkata:


“Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, maka aku benar-benar akan menghalang mereka dari jalan Engkau yang lurus.” (S. Al-A’raf: 16)



Sehubungan dengan itu, bagi meceriakan Ramadhan anak Tahfiz Asnaf Miskin di sini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang kurang berkemampuan pihak Maahad Tahfiz melancarkan tabung infaq sedekah Ramadan bagi menampung kos perbelanjaan makanan yang meningkat insyaallah supaya sedikit sebanyak dapat meringankan kos perbelanjaan anak Tahfiz ini dibulan mubarak ini. Di bulan Ramadan ini Allah SWT memudahkan hamba-Nya untuk berbuat kebaikan, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:


Jika datang bulan Ramadan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.” (HR. Bukhari & Muslim)




Justeru, bersihkanlah sifat bakhil dan kedekut yang merupakan sifat mazmumah menjelang Ramadan kali ini. Contohi akhlak Baginda Rasulullah SAW yang banyak bersedekah ketika Ramadan sehingga diibaratkan seperti angin yang sentiasa bertiup. Semoga Ramadan kali ini lebih berkualiti berbanding sebelumnya dengan berazam untuk berpuasa sempurna disamping melakukan segala ketaatan untuk memperoleh keampunan daripadaNya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat