Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Dec 12, 2024
RM335 / 11.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
9 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Memberi makanan kepada sesama insan adalah hal yang mulia dan terpuji, begitu juga memberikan bantuan makanan kepada kaum dhuafa, merupakan salah satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Keutamaan ini mengajarkan kita betapa pentingnya berbahagi rezeki dengan sesama kita, terutama kepada mereka yang memerlukan makanan. Kali ini, mari kita lihat keutamaan melakukan infaq beras. Infaq beras adalah sebagai bentuk kepedulian sosial kepada insan yang lain yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan.

Infaq beras tidak hanya sekadar memberikan makanan kepada yang mememerlukan sahaja, tetapi juga menciptakan ikatan sosial yang erat. Dengan memberikan beras, kita secara langsung turut merasakan kehidupan mereka yang kurang beruntung dan kurang bernasib baik. Hal ini mewujudkan kedekatan antara sesama muslim dan menunjukkan bahwa kepedulian sosial merupakan sumber yang kuat dalam membangun masyarakat yang harmoni.

Memberikan infaq beras tidak hanya membawa pahala, tetapi juga mengundang berkah daripada Ilahi yang melimpah ruah. Berkah ini bisa terlihat dalam kehidupan sehari-hari, seperti kesihatan yang diberikan oleh Allah SWT, kelancaran rezeki, dan kebahagiaan keluarga. Dengan memberikan infaq beras, kita bukan hanya memberikan makanan sahaja tetapi juga menyebarkan tenaga positif yang mengalir ke seluruh aspek kehidupan.
Oleh itu, pihak maahad melancarkan kempen infaq beras untuk pelajar àsnaf dan anak yatim di sini demi mencukupkan bekalan beras untuk anak-anak syurga ini berjuang menuntut ilmu dan menghafal Al-Quran sebanyak 30 juzuk.

Marilah sama-sama membantu berinfaq untuk mendapatkan bekalan beras bagi bagi merealisasikan hasrat murni anak-anak syurga ini bermula RM10 . Segala tindakan dan jasa baik kalian hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Jazakallah khair.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 10, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM90.00
Jan 09, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM90.00
Jan 04, 2025
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 15, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 14, 2024