DARUL TAHFEEZ HURIYYA AL JANNAH

Dimulakan pada Jan 04, 2022

INFAQ PEMBINAAN MADRASAH DARUL TAHFEEZ HURIYYA AL JANNAH

RM7,526 / 0.94 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM800,000

202 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Moga siap terbinanya madrasah dan tempat tinggal tetap anak-anak syurga ini dari sumbangan infaq dan waqaf para penyumbang yang budiman. Setiap infaq yang diberikan dari tuan puan kami ucapkan Ribuan

Bagaimana Dengan Memberi 1 Batu Bata, Dapat Bina Rumah Di Syurga ?
Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.
Bantu agama Allah.
Allah akan bantu kamu.
Madrasah DARUL TAHFEEZ HURIYYA AL JANNAH  ini memerlukan bantuan anda supaya dapat dibina dengan segera. Bukan sahaja untuk membina madrasah pengajian anak-anak syurga kami malah untuk tempat tinggal tetap mereka.
Kami sangat berbesar hati mengajak anda semua bersama-sama menginfaqkan sebahagian rezeki yang dikurniakan agar dapat membangunkan Madrasah DARUL TAHFEEZ HURIYYA AL JANNAH atau ringkasnya DTHAJ supaya dapat anak-anak syurga kami ini mempunyai tempat pengajian yang lebih selesa dan tempat tinggal tetap agar tidak lagi berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.


Kami masih memerlukan dana sebanyak RM 800 000 untuk menyiapkan pembinaan madrasah tahfeez dan tempat tinggal anak-anak ini dapat disiapkan dan tidak tergendala.
Yang penting sama-sama berjaya membangunkan madrasah tahfeez dan sama-sama dapat SAHAM AKHIRAT.
Tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan, Yakinlah.
Kami merayu kepada semua yang prihatin untuk sama-sama bangunkan madrasah DTHAJ ini agar kebajikan anak-anak syurga ini terjaga.
Niatkan sedeqah untuk diri sendiri, keluarga, mak dan ayah.
Kami percaya setiap sedeqah & sumbangan yang diberikan untuk kebajikan anak-anak syurga ini, pahalanya akan kekal sehingga akhirat dan sentiasa mengalir untuk anda selagi madrasah tahfeez ini beroperasi.
Fadhilat dan Kelebihan Amalan Sedekah
Firman Allah SWT:
وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّـهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maksudnya: "Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah: 265)


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM500.00

Dec 02, 2022

ABD MALIK

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM300.00

Oct 21, 2022

Kempen Sumbangan Tamat