PERTUBUHAN AMAN MUSLIM MALAYSIA

Dimulakan pada Aug 08, 2023

SUMBANGAN PENGURUSAN PUSAT TAHFIZ

RM120 / 1.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

3 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pertubuhan Aman Muslim Malaysia dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon dan merayu sumbangan daripada sahabat syurga semua agar dapat. Bersama-sama meringankan beban pengurusan mereka.


Assalamualaikum Tuan/Puan yang budiman. Kami di Pertubuhan Aman Muslim Malaysia telah membantu beberapa buah maahad tahfiz di sekitar Selangor setiap bulan selama lebih 3 tahun bermula PKP 2020 yang lalu. Walau bagaimanapun, sumbangan yang disampaikan masih tidak mencukupi untuk menampung kos operasi mereka yang merangkumi kos utama seperti makanan, bil elektrik juga air, bil penapis air dan sewaan pusat pengajian yang digunakan.



Oleh yang demikian, kami di Pertubuhan Aman Muslim Malaysia dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon dan merayu sumbangan daripada sahabat syurga semua agar dapat bersama-sama meringankan beban pengurusan mereka dari aspek berikut yang dianggarkan sebanyak RM10,000 sebulan iaitu:


1. Belian barang kering makanan bulanan

2. Pembayaran bil-bil Utiliti

3. Sewaan



Untuk makluman juga, terdapat pelajar asnaf yang menuntut ilmu di sana dengan percuma. Jadi, secara tidak langsung, sumbangan yang sahabat syurga lakukan akan menjadi saham akhirat yang sangat bermakna yang bakal membantu tuan dan puan semua di akhirat kelak.



عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله ﷺ السخي قريب من الله قريب من الجنة قريب من الناس بعيد من النار، والبخيل بعيد من الله بعيد من الجنة بعيد من الناس قريب من النار، ولجاهل سخي أحب إلى الله من عابد بخيل. (رواه الترمذي)


“Kedermawanan dekat dengan Allah SWT, dekat dengan Syurga, dekat dengan manusia dan jauh dari api neraka. Kikir itu jauh dari Allah SWT, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan dekat dengan api neraka. Seorang yang dermawan tetapi jahil, lebih disayangi oleh Allah SWT daripada seorang ahli ibadat yang kikir.” (Tirmidzi)



Akhir kata, kami di Pertubuhan Aman Muslim Malaysia ingin mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas segala jasa baik dan kemurahan hati para dermawan sudi menghulurkan dana infaq bagi menampung bebanan kos operasi yang ditanggung pihak maahad. Bergabunglah bersama pihak maahad dalam membantu usaha mulia ini bagi melahirkan generasi Qurani dan bertaqwa. Ianya adalah satu projek yang menguntungkan dan juga ladang pahala buat para penyumbang di akhirat kelak. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat