Yayasan EZ Prihatin

Dimulakan pada Jul 06, 2022

DANA PROSES PENGUBAHSUAIAN DAN BAIK PULIH TAHFIZ ALHIDAYAH

RM1,370 / 1.37 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

70 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen DANA PROSES PENGUBAHSUAIAN DAN BAIK PULIH Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) adalah usaha untuk menyediakan persekitaraan yang kondusif buat anak-anak tahfiz penghafaz Al-Quran.


Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) bertempat di Jalan Gurney, KL ini ditubuhkan pada tahun 2000. Merupakan sebuah organisasi sekolah yang kecil & serba kekurangan dalam menyediakan kemudahan yang sempurna kepada pelajar-pelajarnya pada awalnya. Struktur asal bangunan ATAH adalah sebuah rumah banglo dan diubah suai menjadi kompleks penempatan sekolah.



ATAH juga merupakan tempat perlindungan & pendidikan bagi pelajar yang kurang bernasib baik terdiri daripada anak-anak yatim, anak orang fakir miskin, anak ibu tunggal, anak-anak muallaf, anak-anak istimewa dan pelbagai lagi latar belakang yang kurang bernasib baik.



Proses baik pulih Akademi Tahfiz ini amat mendesak bagi menampung jumlah pelajar yang ramai dalam suatu masa, kini ruang solat terhad menyebabkan sukar untuk pelajar solat berjemaah. Lebih menyedihkan lagi apabila sebanyak 3 buah kelas perlu dirobohkan atas faktor keuzuran fizikal menjadikan para pelajar terpaksa berhimpit dan menumpang ruang belajar yang lain sekaligus mengundang ketidakselesaan ketika melakukan aktiviti pembelajaran dan hafazan.



Oleh itu, kami mengajak anda untuk bersama-sama Yayasan EZ Prihatin merebut peluang saham akhirat serta fadhilat yang tidak ternilai ini dengan memberi infaq/ sumbangan bagi proses pengubahsuaian & baik pulih Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH). Di sini akan menjadi ladang ilmu kepada ratusan pelajar tahfiz di mana diari kehidupan mereka setiap hari adalah membaca, menghafal dan memahami isi al-Quran dan hadis.


Kos perbelanjaan Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) adalah ditanggung oleh hasil jualan kecilan Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah, dan selain daripada itu kebergantungan adalah hasil daripada pertolongan dalam bentuk infaq/ waqaf orang ramai yang pemurah. "Kami bimbang aktiviti pembelajaran & hafazan anak-anak di sini tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana kawasan yang masih dalam proses baik pulih (membahayakan keselamatan pelajar), ketirisan ketika hujan dan kekurangan kemudahan fasiliti". - Ibu Laila (Pengasas ATAH).


Kekurangan dana infaq boleh melambatkan proses pengubahsuaian serta baik pulih dan boleh sehingga terbengkalai. Namun warga ATAH amat bersyukur kerana ramai yang menyokong usaha melahirkan generasi para hufaz yang membaca & menghafal al-Quran di sini.



وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa saja yang kamu infaqkan (di jalan Allah), maka Allah akan menggantikannya dan Dialah Pemberi rezeki yang terbaik.” - QS Saba': 39


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2022

Kempen Sumbangan Tamat