MAAHAD TAHFIZ AL-HUSNI

Dimulakan pada Jan 04, 2024

DANA OPERASI UNTUK MEMBELA NASIB ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM2,401 / 4.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

79 Penyumbang

247 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan kempen dijalankan adalah untuk menampung kos operasi Maahad Tahfiz Al Husni yang menerima majoriti pelajar yatim dan asnaf di mana mereka tidak mampu membayar yuran pengajian di sini.


"Izinkanlah kami untuk merasai secebis kebahagiaan dan keseronokan untuk belajar di sini seperti kawan-kawan di luar sana..”



Senyuman dari anak-anak tahfiz di sini yang sentiasa bersungguh dalam mempelajari ilmu agama. Susah bukan menjadi penghalang.


Dengan rendah hatinya, tujuan kami membuka kempen ini adalah bertujuan untuk mendapatkan dana bagi menampung perbelanjaan harian buat anak-anak perempuan tahfiz di sini sekaligus mengekalkan pengoperasian maahad tahfiz ini pada masa akan datang meskipun saat ini kami berada di fasa yang tidak cukup dana untuk menampung anak-anak di sini.



Suasana aktiviti di tahfiz. Program syahadah ini kami hanya jalankan secara kecil-kecilan kerana keadaan kami sejujurnya tidak cukup untuk buat besar program di sini.


Sedih rasanya jika pengoperasian pengajian maahad tahfiz ini dihentikan hanya kerana kekurangan dana buat anak-anak tahfiz ini. Jadi, di kesempatan ini, kami ingin mengajak orang ramai untuk sama-sama kita bantu anak-anak ini kerana Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda :


“Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.”


INILAH TENTANG TAHFIZ KECIL KAMI


Maahad Tahfiz Al-Husni, Jeram, Selangor merupakan sebuah maahad yang berasaskan pengajian tahfiz perempuan sepenuh masa.



Bangunan tahfiz kami. Walaupun kecil namun sudah beroperasi sejak 2003 lagi. 


Tahfiz ini telah dibina dan diasaskan oleh Ustaz Haji Ahmad Fatoni bin Tobroni dan Ustazah Maesun Binti Talmad pada tahun 2003 dan kini telah diketuai oleh Ustazah Fatihah binti Achmad Fatoni bersama suaminya. Pada mulanya juga tahfiz ini hanya mempunyai seorang murid sahaja, namun setelah berdekad tahfiz ini giat beroperasi, sehingga hari ini pelajar yang ada kini mempunyai seramai hampir 80 orang pelajar tahfiz perempuan.



Wajah-wajah anak tahfiz yang tidak pernah putus asa untuk menjadi huffaz tak lama lagi. Status susah bukan menjadi halangan buat anak-anak ini.


Yang lebih membanggakan adalah, sepanjang penubuhan tahfiz ini kami sudah melahirkan lebih seramai 10 anak tahfiz yang bergelar Al-Hafizah yang juga mempunyai Syahadah.


“Kami sedih tengok anak-anak tahfiz di sini tak seperti anak-anak di luar sana”



Sebahagian keperluan harian yang amat diperlukan sekarang ni buat anak-anak tahfiz perempuan di sini. 


Apa yang merunsingkan kami saat ini, sejak PKP dengan keadaan pelajar semakin ramai, dana operasi untuk tampung anak-anak tahfiz mula terganggu sehingga hari ini walaupun setiap pelajar yang berdaftar di sini akan membayar yuran tahunan sebanyak RM350 setiap seorang. 



Inilah kuantiti makanan yang dimakan oleh anak-anak di sini. Mereka tak pernah merungut, namun hati sebagai penjaga, sesekali teringin nak beri mereka ni makanan yang sedap-sedap.

Walaupun dengan hanya kadar yuran tersebut, sejujurnya selama ini masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian anak-anak tahfiz yatim dan asnaf di sini. Namun hakikatnya, inilah cabaran besar yang kami hadapi selama 17 tahun berusaha demi mencukupkan keperluan harian buat anak-anak ini sekaligus untuk menambah keperluan keselesaan dan keselamatan mereka.


Keadaan ruang tahfiz ni sebenarnya sempit sebab bila adakan program di sini, memang tak dapat nak tampung kehadiran tetamu. 

“Kami tak nak anak-anak tahfiz ini rasa susah, biar mereka dapat juga keselesaan dan kemudahan yang cukup di sini seperti kawan-kawan di luar sana.”

Kami faham, dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar saat ini, sejujurnya agak memberi kesukaran kepada kami untuk mencukupkan segala keperluan dan kemudahan buat anak-anak tahfiz di sini. Untuk maklum tuan dan puan, perbelanjaan operasi demi menampung anak-anak tahfiz di sini memerlukan anggaran sebanyak RM30,000 sebulan demi keselesaan kemudahan buat mereka berada di maahad ini.


Keadaan kemudahan ruang tempat tinggal dan pembelajaran anak tahfiz ini kebanyakkan banyak yang dah rosak dimakan anai-anai dan memerlukan kos untuk baik pulih.

“Sayang rasanya jika tidak ditunaikan impian anak-anak tahfiz yatim dan asnaf di sini..”


Wajah-wajah anak tahfiz yang tetap bersemangat meneruskan pengajian mereka di sini meskipun saat ini tahfiz mengalami masalah kewangan untuk menampung keperluan harian mereka.

Kebanyakan mereka yang ada di sini, berlatar belakangkan dari keluarga yang susah dan sudah menjadi satu tanggungjawab kami di mana walaupun mereka hadapi masalah dari segi kewangan namun bukanlah menjadi penghalang untuk bantu mereka dapatkan pelajaran sehingga berjaya seperti anak-anak di luar sana.


Walaupun kami hadapi dana yang tak cukup, kami tetap tidak akan abaikan kebajikan anak-anak di Maahad Tahfiz Al-Husni ini.

Dengan izin Allah, dengan adanya bantuan dari anda semua untuk menambahkan perbelanjaan buat anak-anak di sini, segala masalah yang sudah bertahun kami hadapi ini dapat diselesaikan sebelum menjelang Ramadhan 2024.


Sekitar suasana aktiviti untuk anak-anak tahfiz. Walaupun hanya diadakan secara kecil-kecilan namun anak-anak ini seronok sangat.

“Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Walaupun kekecil-kecil pemberian dari tuan puan, tetap kami terima seadanya.”


Sekali lagi dengan rasa rendah hatinya, saya dan barisan penjaga anak-anak tahfiz di sini memohon rayuan daripada tuan puan, untuk bersama-sama usaha membela dan merealisasikan impian buat anak-anak tahfiz yatim dan asnaf ini sehingga mereka berjaya pada masa akan datang.

Semoga dengan pemberian dari anda walau sekecil RM30 seminggu, kami tetap doakan agar Allah sentiasa menggandakan rezeki buat anda dalam apa jua urusan yang anda sedang usahakan. InsyaAllah.

Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah." Selain itu, dengan bersedekah juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hidupkan keberkahan sunah bersedekah dalam kalangan anak-anak. Ia dapat menjauhkan diri daripada bersifat kedekut.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 06, 2024