YAYASAN NUSA BINTANG SETARA

Dimulakan pada Oct 06, 2025

DERMA BERAS KEPADA PELAJAR TAHFIZ MISKIN

RM410 / 8.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,998

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Penuhi keperluan asas mereka. Setiap butir beras yang disumbangkan, mengalirkan pahala buat anda, mengukuhkan tekad mereka. Jangan biarkan perut mereka kosong. Ayuh sertai kami bantu pejuang Al-Quran!


Sedekah beras merupakan amalan yang dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:


"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki."

(Surah Al-Baqarah, ayat 261)



Setiap butir beras yang anda sumbangkan bukan sahaja akan menjadi bekalan makanan harian yang mengenyangkan perut para pelajar tahfiz asnaf dan dhuafa yang sedang berjuang, bahkan ia juga adalah saham akhirat anda yang pahalanya akan terus mengalir selama mana mereka menggunakannya untuk menuntut ilmu. Ayuh, rebutlah peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada penyokong para penghafal Al-Quran, di mana sedikit sumbangan anda mampu memberi impak yang sangat besar dalam memastikan kelangsungan pembelajaran mereka.



Kita mungkin tidak pernah merasai kelaparan saat menuntut ilmu, tetapi ramai pelajar tahfiz asnaf yang menghadapinya setiap hari. Mereka adalah pewaris agama, calon-calon penghafal Al-Quran yang perlu kita dukung. 




Dengan menyumbang beras, kita bukan sahaja memberi mereka makanan, tetapi juga semangat untuk terus fokus dalam perjuangan mereka. Mari bersama-sama, pastikan mereka tidak perlu risau tentang perut yang kosong saat membaca Kalamullah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2025

ABDUR RAHMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2025

Kempen Sumbangan Tamat