Maahad Tahfiz Sains Fathul Aziz

Dimulakan pada Jan 05, 2024

DANA OPERASI DAN PEMBINAAN BANGUNAN UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM86,332

Telah terkumpul

3210 Penyumbang

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mendapatkan dana operasi bagi menampung kos operasi bulanan yang hampir RM60,000 sebulan bagi menampung seramai hampir 60 orang anak kecil tahfiz asnaf dan yatim. Jom bantu!


“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.”

(Surah Ali-Imran: 92)



Maahad Tahfiz Sains Fathul Aziz telah ditubuhkan pada 22 November 2016 yang berlokasi di Ampang. Keluasan tahfiz ini dianggarkan 60x60 kaki persegi terdiri dari bangunan sekolah, kantin dan asrama.



Sehingga kini pelajar tahfiz yang ada di sini mempunyai seramai hampir 60 anak tahfiz yang berlatar belakangkan asnaf dan yatim dalam lingkungan umur 5 tahun sehingga 14 tahun. 



Untuk makluman juga, pengoperasian tahfiz ini adalah bergantung dengan yuran bulanan anak-anak di sini namun, sudah berbulan dana untuk mereka tidak mencukupi.


“Anak-anak tahfiz tak cukup bekalan harian di sini..”


Hati ibu dan ayah mana yang nak tengok anak-anak dalam kesusahan? Dengan keadaan usia mereka yang masih kecil ini tak sanggup kami membiarkan mereka ini hidup dalam keadaan susah di sini dan inilah kenapa kami membuka ruang kepada anda di luar sana untuk sama-sama bantu anak-anak kecil yang memerlukan di sini.




Dana bantuan operasi untuk kemudahan, keselesaan dan kelengkapan harian anak-anak tahfiz asnaf dan yatim.


Isu yang sangat merunsingkan kami saat ini adalah, ramai anak-anak ini tak mampu membiayai yuran sekolah mereka, tambah pula banyak kerosakan kemudahan dan fasiliti yang perlu diperbaiki demi keselesaan anak-anak yang belajar di sini.


Malah, banyak juga program terpaksa kami hentikan buat masa ni seperti hari kanak-kanak sedunia, kemerdekaan, khatam Quran, karnival ko-kurikulum dan pelbagai aktiviti lain oleh kerana masalah kewangan yang kami hadapi saat ini.



Yang lebih menyedihkan kami adalah, bil air dan elektrik untuk tahfiz di sini mengalami tunggakan sebanyak RM7,000 sehingga baru-baru ini, meter air tahfiz di sini terpaksa dipotong oleh pihak berkuasa.


Disebabkan kami ingin anak-anak di sini mendapat bekalan dan pembelajaran yang cukup buat anak-anak ini, kami terpaksa berusaha meminjam duit dengan saudara mara dan kenalan terdekat sehingga menyebabkan hutang tersebut tidak dapat kami selesaikan lagi sebanyak RM75,000.



Selain itu, jika diizinkan oleh Allah, dan lebihan dana yang diperoleh, kami berhasrat untuk membina bangunan sekolah yang lebih selesa dan selamat memandangkan bangunan yang sekarang ini terlalu kecil dan sempit untuk anak-anak di sini tinggal. Walaupun kami hadapi masalah yang ini, kami tetap tidak abaikan kebajikan anal-anak di sini. Pihak tahfiz bukan tidak pernah usahakan, namun kami faham dengan masalah ekonomi sekarang yang tidak menentu.






JOM BANTU PIHAK TAHFIZ BERUSAHA MEMBELA NASIB ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF DAN YATIM DI SINI.


Maka, dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan oleh kerana saat ini pihak tahfiz mengalami tekanan untuk memikirkan bagaimana kami nak usahakan demi anak-anak sebelum ini sekaligus kami juga tidak lagi bimbang dengan isu-isu sekolah seperti pembayaran sewa dan sebagainya.


Semoga dengan usaha merealisasikan keselesaan dan kemudahan buat anak-anak yatim dan asnaf di sini, kita sama-sama dapat merealisasikan “Generasi Al-Quran, Generasi Cemerlang” dan melahirkan ramai huffaz yang seimbang dunia dan akhirat.



Justeru itu, pihak tahfiz dengan rendah hati ingin memohon rayuan daripada tuan dan puan yang budiman di luar sana untuk bersama-sama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak RM50 seminggu secara beterusan buat anak-anak di sini dengan harapan anak-anak tahfiz yang masih kecil ini kuat untuk meneruskan kehidupan dan pembelajaran mereka pada masa akan datang.



In shaa Allah, dengan sekecil RM50 seminggu daripada tuan dan puan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT. Aamiin…


“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.”

(Surah al-Baqarah: 274)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM5.00

Dec 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM5.00

Nov 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2024

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 11, 2024