Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT
Dimulakan pada Mar 05, 2025
RM695 / 23.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
27 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan, program Tajaan Berbuka Puasa di Madrasah dianjurkan bagi membantu para pelajar tahfiz, asatizah, dan penghuni madrasah menikmati juadah berbuka dengan lebih selesa. Program ini memberikan peluang kepada masyarakat untuk bersedekah dan menyumbang kepada pembangunan institusi ilmu.

Program ini memberikan kebaikan kepada pelajar-pelajar dan guru kerana mereka menghabiskan waktu dengan menghafal dan mempelajari Al-Quran, maka wajar kita membantu keperluan harian mereka agar mereka dapat berbuka dan bersahur dengan makanan yang mencukupi dan seimbang.

Sumbangan berbuka puasa adalah dalam bentuk:
1.Juadah Iftar seperti nasi, lauk-pauk, buah-buahan, kurma, dan air minuman.
2.Makanan Sahur demi memastikan tenaga mereka kekal sepanjang berpuasa.
3.Bahan mentah seperti beras, minyak masak, tepung, gula, dan susu.

"Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Dengan makanan yang mencukupi, mereka dapat belajar dan beribadah dengan lebih baik. Jadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan berkongsi rezeki bersama mereka yang menghafal dan mempelajari Al-Quran. Setiap sumbangan anda, walaupun kecil, mampu memberikan kegembiraan kepada para pelajar dan asatizah di madrasah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 11, 2025