MADRASAH TAHFIZ LEMBAH PERGAU

Dimulakan pada Jun 29, 2023

REALISASIKAN BINAAN MASJID UNTUK TAHFIZ PERGAU JELI

RM1,760 / 3.52 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

128 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN MASJID TAHFIZ AL-QURAN LEMBAH PERGAU BUKIT TAPIS KG JERIMBONG KUALA BALAH JELI KELANTAN.


Untuk makluman Pihak Tuan/Puan, lanjutan dari kelulusan pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Maahad Tahfiz telah mendapat Sijil Pendaftaran Sementara. Jawatankuasa Pembinaan Kompleks MTLP telah memulakan kerja-kerja untuk pembinaan fasa pertama Kompleks Maahad Tahfiz Al-Quran di atas sebidang tanah milik sendiri seluas 6 ekar di alamat PT 2599, Bukit Tapis, Kg Jerimbong, Kuala Balah, 17610 Jeli, Kelantan Darul Naim. Tapak pembinaan MTLP telah diwakafkan kepada MAIK. Pembinaan Kompleks Maahad Tahfiz ini telah mendapat persetujuan daripada MAIK dan akan diuruskan oleh sebuah jawatankuasa.



Pihak Maahad Tahfiz juga telah mendapat kelulusan dari pihak MAIK bagi menjalankan kutipan dana atau derma bagi pembinaan kompleks ini. Buat masa sekarang, pihak kami sedang melakukan pungutan derma melalui masjid-masjid di negeri Kelantan.


Memandangkan sejumlah dana yang agak besar diperlukan bagi pembinaan Kompleks MTLP ini yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk pembelajaran dan aktiviti luar bilik darjah, usaha berterusan akan dijalankan bagi mendapatkan dana daripada syarikat-syarikat korporat dan individu-individu prihatin yang berkongsi hasrat untuk melihat terbinanya Maahad Tahfiz Al Quran.



Untuk makluman pihak Tuan/Puan, bagi tujuan memberikan kemudahan yang terbaik kepada masyarakat tempatan khususnya, Kompleks MTLP ini akan mempunyai pelbagai kemudahan seperti berikut:


1. Sebuah Bangunan Masjid 2 Tingkat 

2. Dewan Serbaguna 2 Tingkat

3. Bangunan Sekolah 2 Tingkat

4. Bangunan Asrama pelajar Lelaki 2 Tingkat

5. Bangunan Asrama Pelajar Perempuan 2 Tingkat

6. Bangunan Asrama Anak-Anak Yatim

7. Dewan Makan

8. Pondok untuk orang dewasa 2 Tingkat

9. Rumah Guru 2 Tingkat

10. Rumah Tamu

11. Rumah Kedai 2 Tingkat



Di samping menyediakan pengajian Al-Quran, MTLP juga menyediakan asrama untuk penempatan 50 orang anak-anak yatim dan juga 25 unit pondok untuk kediaman kaum dewasa dari kalangan berpendapatan rendah. Anak-anak yatim yang ditempatkan di MTLP akan diberikan pilihan sama ada untuk mengikuti pengajian tahfiz Al-Quran atau pun pengajian sekolah biasa yang akan diuruskan oleh pihak MTLP. Manakala untuk kaum dewasa pula, akan disediakan kuliah-kuliah agama oleh guru-guru agama yang bertauliah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ARIF JEMALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 14, 2023

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jul 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat