PONDOK MODEN DARUSSALAM SIJANGKANG

Dimulakan pada Mar 20, 2023

MAJLIS TAHLIL RAMADHAN PONDOK MODEN DARUSSALAM SIJANGKANG

RM680 / 2.72 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah menaja Majlis Tahlil Ramadhan Pondok Moden Darussalam Sijangkang. Kami memerlukan kos sebanyak RM300 sehari untuk menyediakan juadah berbuka puasa anak-anak tahfiz di sini.


Assalamualaikum tuan/puan yang dikasihi. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Pondok Moden Darussalam Sijangkang (PMDS) akan mengadakan majlis tahlil ini setiap hari di bulan Ramadhan. 



Dengan rendah hatinya pihak Pondok Moden Darussalam Sijangkang (PMDS) mengajak anda semua menjadi salah seorang penaja juadah berbuka puasa anak-anak tahfiz PMDS. Kami memerlukan kos sebanyak RM300 sehari.


“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, Al-Tarmizi dan Al-Baihaqi)



Hasil sumbangan tuan/puan akan digunakan untuk menyediakan juadah berbuka untuk anak tahfiz seramai 60 orang. Selain itu, akan dimasukkan ke tabung pengurusan operasi Pondok Moden Darussalam Sijangkang jika ada kelebihan. Semasa majlis tahlil ini, anak-anak tahfiz akan membaca Al-Quran, selawat, yasin dan mendoakan setiap nama arwah yang diberi.



Sedekahlah seikhlas hati anda dan niatkan pahala sedekah ini untuk si arwah. Semoga amalan sedekah anda dan doa dari anak-anak tahfiz mampu meringankan ujian arwah di alam sana..


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2023

PUTERI SYAHIRAH ZULLKEFLI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2023

TIHAWA BINTI HJ SAHARAN

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 20, 2023

KHAIRUL ANUAR ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat