TINGKATKAN PAHALA RAMADAN BANTU BAIK PULIH TAHSIN

RM60 / 0.12 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Rebut ganjaran berlipat ganda di bulan Ramadan dengan infaq untuk membangunkan institusi pendidikan Tahfiz Keusahawanan Anak Yatim & Miskin ASEAN (TAHSIN).


Ramadan muncul kembali dan ia bulan Allah SWT sebutkan penuh dengan kelebihan serta tawaran kepada hamba-Nya jika bersungguh-sungguh mencari keredaan dan keampunan-Nya.


Seluruh umat Islam kini sedang berjihad menahan lapar dan dahaga serta berlumba-lumba menjalankan amal ibadah untuk merebut ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Diharapkan sambutan Ramadan kali ini lebih bermakna dari tahun lepas. Persediaan rohani dan fizikal perlu mantap dalam menjalani bulan yang amat disukai oleh Baginda SAW.



PUSAT TAHFIZ KEUSAHAWANAN ANAK YATIM & MISKIN ASEAN (TAHSIN)


Jadilah orang yang beruntung pada Ramadan kali ini dengan sama-sama meraih ganjaran berlipat kali ganda dengan infaq untuk membangunkan institusi pendidikan tahfiz sementara di bawah PEYATIM dikenali sebagai Tahfiz Keusahawanan Anak Yatim & Miskin ASEAN (TAHSIN) terletak di Bukit Kapah, Kuala Berang, Terengganu. Pelajar-pelajar ini akan dipindahkan ke Akademi Pengajian Islam Anak Yatim Atau Miskin ASEAN (APIA) di Dungun, Terengganu di bawah projek Taman Rimba ASEAN apabila pembangunan tersebut siap sepenuhnya.



JADILAH ORANG YANG BERUNTUNG RAMADAN INI..


TAHSIN ini akan menempatkan pelajar-pelajar dalam kalangan anak yatim dan miskin dari Ahli Gabungan PEYATIM peringkat ASEAN. Pengambilan bagi Fasa 1 Sesi 2024 sedang berlangsung dan pelajar ini akan memulakan pengajian mereka pada masa yang sesuai apabila usaha baik pulih siap sepenuhnya.



Walau bagaimanapun, pengajian mereka tertangguh disebabkan dana tidak mencukupi untuk ubah suai bangunan, pejabat, tandas, ruang dapur, pagar, bumbungan bangunan serta membeli keperluan peralatan dan fasiliti pengajian. Kami sangat memerlukan bantuan untuk menyiapkan kerja baik pulih bagi kegunaan pelajar. Justeru, kami merayu kepada semua penderma agar dapat bersama-sama kami menjayakan proses pembinaan ini. Sokongan dan sumbangan anda amatlah dihargai.



Sempena bulan Ramadan ini, kami membuka peluang kepada semua umat Islam untuk berinfaq bagi membangunkan institusi pendidikan Tahfiz Keusahawanan Anak Yatim & Miskin ASEAN (TAHSIN) ini supaya dapat beroperasi secepat mungkin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 13, 2024

Kempen Sumbangan Tamat