AKADEMI TAHFIZ AL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 22, 2022

TAJAAN SAHUR IFTAR DAN MOREH

RM1,820 / 9.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Program tajaan berbuka puasa, moreh & sahur bagi anak-anak Asnaf yang bersekolah di Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) bagi bulan RAMADHAN 1443H/2022 seramai 120 orang.


PROGRAM TAJAAN BERBUKA PUASA, MOREH DAN SAHUR BULAN RAMADHAN 1443H/2022 , AKADEMI TAHFIZ AL-HIDAYAH (ATAH)


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kita dapat bertemu kembali pada Ramadhan kali ini.Pihak Akademi Tahfiz Al-Hidayah ATAH ingin membuka tajaan berbuka puasa, moreh & sahur kepada orang ramai untuk bersama-sama berkongsi rezeki dan menyumbang sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini.


KADAR KOS PENYEDIAAN MAKANAN 1 HARI DI BULAN RAMADHAN:

Berbuka Puasa RM500

Sahur RM300

Moreh RM200

Jumlah Tajaan Sehari = RM1000

(Jumlah Terkini Pelajar, Warden & Kakitangan di Asrama Akademi Tahfiz Alhidayah ATAH adalah serama 120 orang)


Asrama Akademi Tahfiz Al-Hidayah turut mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 30 Juzuk yang diadakan setiap hari sepanjang Ramadhan. Tuan dan Puan boleh memberikan nama-nama arwah kepada kami untuk dibacakan dalam majlis ini.



Oleh itu, pihak Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program berbuka puasa, sahur dan moreh ini. Semoga ia dapat mengembira serta menceriakan anak-anak Asnaf di Akademi Tahfiz Al-Hidayah . Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar serta Redha Allah SWT.



Nabi SAW bersabda: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) Nabi SAW juga ada bersabda: “Takutlah kamu dari seksaan api neraka walaupun dengan bersedekah separuh buah tamar.” (Sahih al-Bukhari dan Muslim)

Terima Kasih. Wassalam.



“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

MARI LAH BERSEDEKAH.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

Nur Asma binti A Samat

Jumlah: 19

Senarai Sumbangan

K K

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 03, 2022

RUHAIFI BIN ABD HAMID

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2022

PUTERA ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2022

Kempen Sumbangan Tamat