Yayasan Al Baghdadi memohon jasa baik orang ramai bagi menghulurkan sumbangan membantu kami menjayakan program Pendidikan Al Quran Yayasan Al Baghdadi untuk golongan asnaf belajar Al Quran.
Yayasan Al Baghdadi memerlukan dana bagi menaja golongan asnaf mempelajari Al Quran di Pusat Pengajian Al Quran Al Baghdadi di seluruh Malaysia. Justeru, Yayasan Al Baghdadi memohon jasa baik orang ramai bagi menghulurkan sumbangan membantu kami menjayakan kempen ini.

Pelajar-pelajar asnaf yang ditempatkan di Pusat Pengajian Al Quran Al Baghdadi akan diajar bermula daripada asas sehingga berjaya khatam Al Quran dimana pelajar-pelajar akan belajar Al Quran menggunakan kaedah khas iaitu teknik Al Baghdadi.


Marilah bersama kami merebut peluang untuk mendapatkan ganjaran pahala sedekah dan pahala belajar Al Quran dengan memberi sumbangan ke Tabung Dana Pendidikan Al Quran Yayasan Al Bagdadi. Pasti ada sahamnya atas sumbangan tuan/puan. Semoga sumbangan dan sokongan tuan/puan dapat menyelamatkan golongan sasaran kami daripada kejahilan.
Jom #BuatBaik!