MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 22, 2023

TAJA PENGAJIAN PELAJAR TAHFIZ DARI PEDALAMAN SABAH

RM105 / 1.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI HULURKAN SUMBANGAN BANTU BIAYA PENDIDIKAN ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF DAN MISKIN DARI SABAH MENGEJAR CITA-CITA MEREKA UNTUK MENDAPATKAN MASA DEPAN YANG BERKAH.


Dengan penuh tulus dan kasih sayang, pihak maahad tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah mengajak para dermawan berinfaq untuk tabung pendidikan pelajar tahfiz asnaf dan miskin dari pedalaman Tawau, Sabah. Ini adalah peluang untuk turut serta dalam memberikan kesempatan pendidikan yang bermakna bagi mereka yang kurang bernasib baik. Setiap sumbangan ini akan menjadi cahaya harapan bagi para pelajar ini, membantu mereka mengembangkan potensi mereka dalam mempelajari Al-Quran.



Dua orang anak-anak muda ini datang daripada Tawau yang terletak di pantai timur selatan Sabah ke utara semenanjung Malaysia dengan harapan dan tekad yang besar untuk meraih cita-cita murni. Mari bantu biaya kos pendidikan mereka untuk tempoh setahun di maahad kami membantu mereka menjadi huffaz yang cemerlang dunia dan akhirat. Anggaran kos pendidikan selama setahun bagi dua orang pelajar ini adalah RM10,000 untuk yuran pengajian, kebajikan, duit poket, pakaian dan lain-lain lagi.



Sehubungan itu, mulai RM10 salurkan sumbangan anda untuk masa hadapan anak-anak ini kerana setiap sumbangan memiliki erti yang besar dalam mengubah kehidupan mereka ke arah kebaikan. Bersama-sama kita membantu menciptakan peluang yang cerah bagi para pelajar tahfiz asnaf dan miskin di pedalaman Sabah ini untuk menggapai impian mereka dalam memahami dan menghafal Al-Quran.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan dan kemurahan hati para dermawan yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak dari Sabah ini. Dengan kebaikan para penyumbang kepada anak-anak ini pihak maahad berharap di masa hadapan dapat melihat mereka berjaya menjadi hafiz Al-Quran yang cemerlang, tidak hanya bagi masyarakat di Sabah tetapi juga bagi seluruh umat Islam. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni para penyumbang dengan limpahan berkah dan redha-Nya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat