PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Mar 28, 2023

TAJA RAMADAN ANAK YATIM BUKA PUASA DAN SAHUR

RM1,500 / 5.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

88 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Tajaan iftar dan sahur untuk anak yatim dan asnaf serta anak yatim pelarian yang akan disampaikan dibeberapa buah negara seperti Palestin, Syria, Afghan, Arakan, Asean serta pedalaman Malaysia.


Alhamdulillah atas usaha tahun yang lalu, B-Humanity bersama rakan NGO Malaysia serta rakan NGO lokal negara telah menyalurkan dana melalui tajaan iftar, sahur dan juga bakul Ramadan Humanity.



REBUT PELUANG TAJA ANAK YATIM SEPANJANG RAMADAN 1444 H | 2023


Antara sumbangan terbesar yang disalurkan adalah melalui projek tajaan anak yatim Ramadan di pelbagai negara antaranya Gaza, Palestin, Syria, Arakan, Bangladesh, Indonesia, Laos, Kemboja, Vietnam, dan Afghanistan. Selain anak-anak yatim fakir miskin dan asnaf, kita juga menaja anak-anak yatim syuhada yang ketiadaan ibu bapa akibat peperangan.




Perasaan menjadi hiba melihat keadaan anak-anak di Gaza berbuka puasa dalam serba kekurangan. Kita cuba menyantuni dengan menyediakan tajaan iftar sebanyak yang mampu untuk anak-anak yatim disana.




Ada dikalangan anak-anak ini yang hanya tinggal di khemah buruk dan jika nak dikirakan tempat tinggal yang tidak layak untuk didiami oleh mana-mana insan sekalipun.



Kita juga menaja iftar untuk anak yatim pelarian Rohingya yang menetap di Kem Pelarian Bangladesh. Pelbagai emosi kami saksikan saban tahun setiap kali sukarelawan kami menghulurkan pek juadah iftar yang istimewa. Mungkin menu biasa bagi kita, tetapi cukup istimewa buat mereka yang jarang-jarang berpeluang makan makanan sedap.



INDAHNYA RAMADAN BERSAMA ANAK YATIM


“Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah; “Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik” (QS. Al-Baqarah [2]: 220)


Dalam ayat tersebut, Allah menegaskan kepada kita untuk mengurus anak-anak yatim dengan sebaiknya. Besar ganjaran pahala bagi orang yang memuliakan dan menyantuni mereka.



Ayuh berikan peluang mereka merasai nikmat berbuka puasa dengan berkongsi sebahagian daripada rezeki anda! Inshaa Allah semoga Ramadhan anda tahun ini lebih meriah dengan amal jariah dan balasan pahala oleh Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 30, 2023

MARLINA AISY EFFENDY SALIYAH ANUAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM60.00

Mar 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2023

Kempen Sumbangan Tamat