TALK AND SHARING

RM220 / 0.22 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Program jelajah Talk dan Sharing ini mampu untuk memberi ketakutan, kesedaran terhadap mereka yang terjebak dalam masalah jenayah dan juga sosial. Adalah penting semua pihak memberikan sokongan.

Pertubuhan Kebajikan Bekas Banduan & Pesalah Juvana Malaysia (PPM-004-10-23052020) yang di kenali sebagai Nadi Baru dan para ahli-ahlinya terdiri dari para bekas  banduan & pesalah Juvana Malaysia yang kini telahpun berjaya di dalam membina kehidupan dan kerjaya masing-masing.  Pihak Jabatan Penjara Malaysia yang telah menyediakan kami program Plan Pembangunan Insan singkatannya PPI. Program pemulihan ini benar-benar telah Berjaya membina semula (Reset mind) cara pemikiran yang betul dan membentuk hati kami supaya insaf dan bertaubat  untuk taat dan patuh pada suruhan agama dan undng-undang dan peraturan-peraturan di Malaysia ini.


Salah satu MIsi & Visi penubuhan NGO ini adalah  Program Talk & Sharing kepada golongan sasar kami iaitu remaja dan belia di sekolah-sekolah SK-SMK yang berisiko tinggi  di seluruh Malaysia yang berhadapan dengan masalah gejala sosial, dadah, vandalism, membuli, Jenayah dan gensterism. Dengan program Talk & Sharing inilah sahaja sedikit sebanyak kami dapat memberikan khidmat sumbangan bakti kepada golongan sasar seperti mereka supaya  tidak akan sesekali mereka terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti pengunaan dadah dan terlibat dengan sebarang bentuk Jenayah yang mana perbuatan mereka ini akan menghancurkan masa depan mereka sendiri sebagimana yang pernah di lalui oleh kami sendiri.


Pihak kami bercadang untuk melaksanakan program jelajah Talk & Sharing di 100 buah sekolah yang berisiko tinggi bagi memastikan mesej dan penceritaan yang akan di sampaikan oleh 2 orang panel kami setiap sesi 1-2 jam kepada golongan sasaran mampu untuk memberikan ketakutan,kesedaran terhadap mereka yang ingin terjebak mahupun yang telah terjebak dengan dadah dan Jenayah maka diharapkan tidak terlambat buat mereka untuk kembali semula kepangkal Jalan. Bertapa peri-pentingnya masyarakat,agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO perlu untuk menyokong program kami ini dengan memberikan sumbangan dan lain-lain untuk menjayakan program ini. Pihak kami juga bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak untuk menjayakan kemasyarakatan Nadi Baru Bil. 01 ini.








‘Pemulihan dan Pencegahan Jenayah adalah tanggungjawab Masyarakat bersama’

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMAD EDDLEEZA BIN KHMIS

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 10, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2021

ALLAHYARHAMAH AMNAH BINTI ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 05, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 05, 2021

Kempen Sumbangan Tamat