BANTUAN BENCANA MANGSA BANJIR KG KAULUAN TAMPARULI

RM295 / 2.95 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di dunia ini. Ramai yang daif dan dalam kesusahan selepas banjir yang mereka lalui. Ayuh kita semua bantu mereka!


Malang tidak berbau, bencana melanda Penampang sekali lagi. Hujan lebat secara berterusan telah mengakibatkan air telah naik melebih paras selamat dan menyebabkan banjir di beberapa kawasan termasuklah di Kg Kauluan Tamparuli Sabah.




Kami di BAKTI Sabah terpanggil untuk menjalankan kempen Bantuan Mangsa Banjir di seluruh Kg Kauluan Tamparuli Sabah yang mana masyarakat di daerah ini sering kali mengalami banjir rumah mereka. Di mana mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan. Justeru, marilah kita bersama-sama berkongsi rezeki membantu mereka ini bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung.



"Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."

(Hadis Riwayat Tabrani)




Bantuan yang akan diberikan adalah makanan asas, air mineral dan lain-lain dan secara wang tunai kepada pengurusan mangsa banjir di Kg tersebut. Kami menganggarkan sebanyak 70-100 penerima manfaat dan seorang akan mendapat RM100 melalui kempen ini. Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperoleh. Banjir ini melibatkan kampung dan Klinik Kesihatan di sekitar kawasan Kg Kauluan Tamparuli Sabah.




Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbanglah serendah RM10 untuk bantu mereka! 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 27, 2025

MISBA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jun 27, 2025

Kempen Sumbangan Tamat