Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Jul 27, 2022

DANA PEMBELIAN TANAH MASJID BUAT MANGSA PELARIAN DI PAKISTAN

RM15,926 / 15.93 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

527 Penyumbang

134 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bersama kita menyumbang kepada kempen ini untuk mendirikan masjid buat kegunaan mangsa pelarian di Buneyr, Pakistan.


PPIM bersama Arzaq Mobarakah Welfare Trust dalam fasa untuk membina sebuah masjid yang akan menjadi tempat perlindungan pelarian perang Afghanistan ini. Buat masa ini, kami memerlukan dana untuk pembelian tanah bagi mendirikan masjid buat mangsa pelarian di kawasan seperti di dalam gambar.


Selari dengan pertumbuhan masyarakat Islam yang akan meningkat saban tahun menjadikan Islam sebagai agama yang pesat berkembang di dunia. Ini menyebabkan keperluan masjid adalah lebih tinggi untuk menampung umat Islam yang akan menggunakannya untuk beribadah terutamanya selain menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan dan ukhwah.


Pihak kami telah memilih kawasan di Buneyr, Khyber Pakhtunkhwa (KPK), Pakistan untuk membantu penduduk yang rata-ratanya adalah mangsa pelarian. Kawasan ini telah menampung 1.4 juta pelarian Afghanistan berdaftar dan dianggarkan 4 juta pelarian tidak berdaftar dan pelarian dalaman di kawasan ini. Menurut laporan hampir 80 juta orang di seluruh dunia telah terpaksa meninggalkan rumah mereka, yang majoritinya adalah kanak-kanak.



Masjid ini akan dibina menjadi masjid dua tingkat dengan ruang simpanan bawah tanah dan tempat letak kereta, masjid ini juga akan digunakan untuk menjadi ruang beribadah dan tempat memberi makan kepada golongan ini & masyarakat sekitar. Kelas untuk pengajian al-Quran dan hadis juga akan diadakan. Kos pembinaan masjid ini akan menelan kos sebanyak RM4,000,000.00 (Empat Juta Ringgit Malaysia) dan akan dijalankan secara berfasa dan berperingkat.


Kami dengan rendah hati memohon sumbangan dari para penyumbang untuk membantu kami menjayakan projek ini untuk membantu saudara-saudara kita membeli tanah untuk membina masjid untuk kegunaan ibadah mereka. InsyaAllah, semoga pahala yang berterusan buat mereka yang menyumbang.


"Siapa yang membangun masjid karena Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula di surga." (HR. Ibnu Majah)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2022

BUNGA BINTI MAT HASAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2022

FARDUS

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 18, 2022