Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin

Dimulakan pada Apr 18, 2023

INFAQ PEMBELIAN TANAH PUSAT TAHFIZ

RM2,200 / 4.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

129 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pembelian tanah sebelah bangunan tahfiz untuk tujuan membesarkan lagi kelas serta dewan untuk pelajar tahfiz melakukan aktiviti.


Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin adalah sebuah tahfiz integrasi swasta di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Aryf Zaki dan diasaskan oleh Tuan Haji Aznan. Sehingga kini, tahfiz kami telah beroperasi selama 23 tahun dengan pelajar di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah seramai 187 orang. Pengajian di Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin merangkumi subjek agama, subjek akademik serta hafazan Al-Quran dan akhlak.



Gambar di atas merupakan gambar beberapa anak murid Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin bersama Mudir.


Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin juga mempunyai cawangan di peringkat menengah yang terletak di Batu 10, Gombak yang dikenali sebagai Darul Haafizhiin Al-Furqan diketuai oleh Ustaz Abu Dzar. Tujuan tabung sumbangan ini dilancarkan adalah untuk mengumpul dana bagi membayar kos pembelian tanah berjumlah RM370,000 menjadikan komitmen bulanan kami sebanyak RM31,000 bermula kini sehingga Disember 2023.


Pihak Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin telah menandatangani dokumen perjanjian bagi menjelaskan bayaran tersebut pada Disember 2023. Buat pengetahuan umum, tahfiz kami mungkin tidak dapat beroperasi lagi sekiranya pembayaran ini tidak dapat dijelaskan dalam tempoh yang diberikan.



Mereka berdiri di atas kawasan tanah di mana Pusat Tahfiz kami akan diperluaskan, dengan komitmen bayaran sebanyak RM31,000 setiap bulan bermula kini sehingga Disember 2023. Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin menyeru rakyat Malaysia merebut peluang keemasan ini untuk mengumpul pahala berpanjangan yang luar biasa.





Gambar gambar di atas merupakan di antara aktiviti anak anak Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin dalam menuntut ilmu yang bakal menjadi bekalan kukuh dunia dan akhirat InshaAllah.



Gambar di atas pula memaparkan warga pendidik di Pusat Tahfiz Darul Hafizhiin yang sentiasa berusaha bersungguh sungguh dalam melahirkan generasi Al-Quran yang hebat dan berkeperibadian mulia. Insya-Allah.



Lokasi tanah yang ingin dibeli oleh PTDH. Google Map Lokasi PTDH

"Nabi ﷺ seorang yang paling pemurah dan lebih pemurah pada bulan Ramadhan seperti hembusan angin yang pantas." (Riwayat Al-Bukhari (3554)


Ayuh kita mengejar ganjaran yang hebat dengan berkongsi rezeki dan berinfaq ketika bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Kami memohon bantuan dari seluruh rakyat Malaysia untuk membantu dalam kelancaran proses pembelian tanah bagi memperluaskan kawasan Pusat Tahfiz Darul Haafizihiin. Dengan sekecil kecil sumbangan walau hanya RM2 sahaja, sangat kami hargai dan berterima kasih. Anda juga boleh berniat untuk menghadiahkan pahala sumbangan kepada waris yang telah meninggal dunia.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 06, 2023

Kempen Sumbangan Tamat