Dalam mengharungi hidup yang serba mewah jangan lupakan orang lain yang memerlukan. Kita hidup di zaman yang serba serbi sempurna dengan keperluan asas yang lengkap dan kemudahan akses yang cukup. Walaupun begitu tidak semua senasib dengan kita yang mewah dengan sumber makanan dan minuman ini.

Bayangkan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, bagaimana mereka hendak terus hidup dengan tenang sekiranya keperluan asas mereka sendiri sudah terganggu. Hal ini kerana terdapat tenaga pengajar di Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) yang mengajar komuniti di pedalaman Sabah masih bergantung dengan air hujan untuk digunakan sebagai bekalan makanan, minuman dan juga membersihkan diri.

Apa yang menyedihkan adalah baru-baru ini papan yang menampung beberapa tong tangki besar telah runtuh dan jatuh pecah sepenuhnya. Allahu, inilah tangki yang digunakan untuk menadah air hujan itu. Tiada lagi tempat yang boleh digunakan untuk menadah air bersih.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita bantu tenaga pengajar dan keluarganya dengan memberikan tong air baru yang kukuh supaya air bersih dapat disalurkan dengan cepat bagi kegunaan harian. Yakinlah, sedikit sumbangan yang kita berikan dapat meringankan bebanan dan mempercepat bekalan tangki baru kepada mereka. Jom bantu saudara kita.

Projek ini sudah mula dijalankan di mana kelengkapan untuk pembinaan tangki telah dibeli sedikit demi sedikit menggunakan dana yang ada antaranya 2 tangki air, kayu, paku dan lain-lagi. walaupun begitu, kami masih memerlukan dana berbaki RM7000 untuk pembelian barang-barang kelengkapan yang lain terutamanya tangki air.

Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini