PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH

Dimulakan pada Mar 21, 2025

SUMBANGAN PEMBELIAN PENAPIS AIR

RM2,285 / 4.57 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

113 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu anak-anak KAFA! Sumbang penapis air untuk kesihatan mereka.


Air merupakan keperluan utama kehidupan. Oleh itu, Islam meletakkan banyak kebaikan kepada seseorang yang dapat memberikan air minuman. Kisah seorang wanita yang memberikan air minuman kepada seekor anjing yang kehausan dan dijanjikan dengan ganjaran syurga seharusnya menjadi motivasi untuk berinfaq. Malah lebih utama lagi apabila setiap sumbangan wakaf bagi projek penapis air mendapat ganjaran pahala secara berterusan.



Cuaca sekarang semakin panas dan tidak menentu. Pelajar-pelajar kami yang kebanyakannya terdiri daripada asnaf menghadapi cabaran tambahan akibat kepanasan ini. Oleh itu, untuk memastikan keselesaan dan kesihatan mereka terjaga, kami bercadang untuk memasang penapis air bersih. Saat ini, pihak PKSJ masih menjalankan kempen untuk mendapatkan dana yang mencukupi untuk menyediakan fasiliti ini di dewan pelajar kami.



Penapis air bersih ini akan memberi akses kepada air yang bersih dan sejuk kepada pelajar-pelajar kami dalam keadaan cuaca yang panas sekarang ini, memastikan bahawa mereka dapat terhidrasi dengan baik sepanjang hari. Ini juga akan membantu meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan mereka, membolehkan mereka untuk terus fokus dalam pembelajaran dan ibadah.




Antara amal jariah yang akan sampai pahalanya kepada seseorang Muslim selepas matinya ialah ilmu yang dipelajari dan disebarkan, anak soleh yang mendoakannya, naskhah al-Quran yang diwakafkannya, masjid yang dibinanya, rumah tumpangan yang dibinanya untuk golongan musafir, kolam air yang dikoreknya, sedekah yang diberi semasa sihatnya. Amal-amal ini akan sampai untuknya selepas dia mati.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM12.00

Mar 25, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2025

FATIN NURATIQAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2025

Kempen Sumbangan Tamat