Not registered yet? Register now!
AL-AQSA SEDANG BERDARAH!
Hari pertama, briged pejuang Islam Al Qassam melancarkan serangan kepada Israel yang dinamakan Taufan Al Aqsa. Serangan nekad untuk mengembalikan semula kemuliaan tanah kiblat pertama umat Islam. Operasi berani mati kumpulan elit Al Qassam ini adalah sebagai amaran kepada dunia, Israel bukanlah terlalu kuat untuk dikalahkan dan bala tentera Islam tidak selemah yang disangka.

Dunia digegarkan dengan suara kesakitan Yahudi, berselang dengan laungan takbir para mujahidin yang dapat merampas aset tentera musuh, menawan dan membunuh musuh.

Kemusnahan oleh tembakan roket Palestin di penempatan haram penjajah Israel di sekitar Semenanjung Gaza.

Namun, pada hari kedua, tentera zionis Israel melancarkan serangan balas menyebabkan angka kematian dan kecederaan meningkat pantas di Gaza dan memerlukan simpati seluruh dunia Islam. Dengan angka kematian seramai 239 orang manakala 1,388 orang telah mengalami kecederaan, kota Gaza sudah seakan bermandikan darah.

Tentera zionis Israel melancarkan serangan balas di kota Gaza menyasarkan bandar-bandar besar seperti Khan Younis dan Rafah.

Tangisan mereka yang kehilangan keluarga dan perlindungan selepas dibedil tentera rejim zionis.

Tentera rejim zionis penakut untuk berhadapan dengan lelaki pejuang Palestin, jadi mereka mula mengebom kanak-kanak dan wanita di Gaza dengan pesawat perang.
GAZA SEDANG BERDARAH! KELUARGA, IBU, AYAH DAN ANAK DIBUNUH DENGAN KEJAM

Seorang bapa menangisi kematian anaknya yang syahid akibat serangan udara Israel ke atas kem Shati di Gaza.

Seorang bapa mengucapkan selamat tinggal kepada anak kecilnya, dibunuh dengan kejam oleh serangan udara Israel di Gaza.

Seorang bapa mendukung anaknya yang masih bayi yang meninggal dunia semasa pengeboman rejim Zionis ke atas Gaza.

Kesan kemusnahan ke atas rumah-rumah dan harta benda penduduk Palestin setelah malam berdarah yang dilancarkan oleh pesawat tempur rejim Zionis di Semenanjung Gaza. Sedarlah orang Islam! Ini bukan sekali terjadi, kita tahu apa yang perlu kita buat!

Abu Ubaidah (Jurucakap Al-Qassam): "Kami membawa berita baik kepada tahanan dan rakyat kami bahawa Briged Al-Qassam mempunyai puluhan pegawai dan askar yang diselamatkan bersama kami, dan mereka telah ditempatkan di tempat selamat, di terowong pasukan pejuang."
Atas sebab ini, bantuan daripada anda sangat diperlukan. Ini bukan lagi perkara yang baru bagi kita. Ayuh umat Islam! Bantu mangsa peperangan dan kuatkan pejuang Islam ini berjuang dengan sumbangan ikhlas kita.

“INI JIHAD AKHIR ZAMAN!”
Sumbangan, doa dan suara andalah yang akan menguatkan mereka untuk terus bertahan menjaga Al-Aqsa dan tanah Palestin.

"Dari Nu’man bin Basyir RA, Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mengasihi, mencintai, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga dan panas (turut merasakan sakitnya).” (HR Bukhari no 6011 dan Muslim no 2586)
Jom #BuatBaik!

BANTUAN DEMI BANTUAN AKAN TERUS KITA SALURKAN
Tidak semua mampu untuk memasak buat masa ini memandangkan tiada bekalan gas dan bukan semua mampu untuk menyediakan dapur arang atau dapur bawah tanah. Buat masa ini, kebanyakkan mangsa perang di Gaza sangat bergantung harap dengan bekalan makanan yang disediakan oleh pasukan Muslim Care Malaysia-Palestin. Kesemuanya adalah dana yang dikumpulkan oleh Muslim Care Malaysia hasil jariah rakyat Malaysia.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Begitulah dekat dan akrab ya hubungan antara Malaysia dan Palestin. Insya-Allah bantuan demi bantuan akan kita susun dan sampaikan khusus kepada saudara kita di Gaza, Palestin.
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK, MENGUBAT TRAUMA ANAK-ANAK GAZA.
Sehingga hari ini ribuan anak-anak kecil di Gaza menjadi korban kekejaman Zionis. Bukan itu sahaja malah ribuan juga anak-anak yang lain menjadi yatim piatu kerana ibu dan ayah mereka telah syahid di medan perang.
Alhamdulillah, ini adalah bantuan daripada anda semua. Teruskan menyumbang sehingga misi kita semua tercapai.
Ketiga-tiga treler sepanjang 12 meter yang membawa kesemua barangan bantuan itu akan bertolak dari Kaherah ke bandar Al-Arish yang terletak 45 kilometer dari lintasan Rafah yang memisahkan Mesir dan Gaza.

Hampir RM100,000 lagi dibelanjakan hari ini untuk sumbangan yang telah dihantar oleh Muslim Care Malaysia (MCM) ke pusat pengumpulan barang yang disediakan kerajaan Malaysia.
Antara sumbangan yang telah berjaya dikumpul dan dihantar oleh MCM ialah 1000 set beg mayat, 60000 keping sarung tangan perubatan, 500 botol susu, 380 keping selimut, susu bayi dan kanak-kanak yang bernilai RM3,000 dan sumbangan pelbagai yang lain bernilai RM10,000.

Muslim Care Malaysia bersama-sama 38 NGO lain bersatu di bawah "Humanitarian Relief Mission For The Palestinians In Gaza" berusaha untuk menjayakan misi kebajikan kepada rakyat Gaza.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang turut bersama-sama dalam usaha murni ini. Sama-sama kita doakan semoga urusan penghantaran bantuan ini dipermudahkan dan selamat sampai kepada mangsa perang di Gaza.

Perkembangan Muslim Care Society Malaysia ke Kaherah Mesir menyalurkan bantuan ke Gaza
Menuju ke Sempadan Mesir Demi Al-Aqsa
Telah berlepas pasukan Muslim Care Malaysia (MCM) ke Mesir jam 9 pagi tadi, 18 Oktober 2023 dalam usaha memastikan ada ruang untuk menyampaikan bantuan kepada saudara kita di Palestin. Biar sesusah apa pun jalan yang ditempuh tetap akan kami gagahkan. Apalah sangat ujian yang kita hadapi di sini berbanding dugaan yang sedang dihadapi rakyat Gaza.
"Wang dana yang sudah dikumpulkan, akan disampaikan secepatnya. Kami tak mahu pegang duit amanah lama-lama," ulas Tuan Ahmad Safwan, Setiausaha Agung MCM dalam siaran langsung di Instagram semalam.
يَـٰقَوْمِ ٱدْخُلُوا۟ ٱلْأَرْضَ ٱلْمُقَدَّسَةَ ٱلَّتِى كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَرْتَدُّوا۟ عَلَىٰٓ أَدْبَارِكُمْ فَتَنقَلِبُوا۟ خَـٰسِرِينَ
Maksudnya: (Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)".
(Surah Al-Ma’idah :21)
Tanah Palestin, tanah umat Islam. Ini perjuangan kita bersama. Ini benteng kita umat Islam. Sama-sama kita satu hati dan berdiri teguh untuk Al-Aqsa.

Alhamdulillah, terima kasih rakyat Malaysia yang bermurah hati membahagikan sedikit rezeki anda demi rakyat Palestin. Ia adalah satu nilai yang harus dipuji, berkongsi walau serba kekurangan. Malah sebagai simbol kebersamaan rakyat Malaysia untuk berjuang bersama rakyat Palestin dari jauh.
Rakyat Malaysia harus sentiasa berjuang dari segi kemampuan yang ada termasuk menyebarkan serta memberi kesedaran mengenai kekejaman zionis Israel.
Dana yang dikumpulkan ini akan diberikan kepada Muslim Care Malaysia Society untuk kebajikan, kesihatan dan pendidikan bagi membina semula kehidupan rakyat Palestin selain dijamin setiap sen akan disumbang terus kepada bumi Palestin.
Anda semua boleh melayari sosial media Muslim Care Malaysia untuk perkembangan terkini rakyat Gaza.
Facebook Muslim Care Malaysia Society
SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI
Total
Ninis
Total
Luli Aisah
Total
Nur amira Bt zainal Abidin
Total
MOHD AZMEE BIN MUNIR
Total
Syahrulnizam Mohd Johanis
Total
ARIE MALISSA BINTI CHE SAMAT
Total
Syed Mustafa Kamal Bin Sy Sulaiman
Total