INFAQ KOMPUTER KEPADA PELAJAR ASNAF DI PICOMS

RM625 / 0.21 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000

31 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Projek ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi tujuan pembelian laptop yang akan disumbangkan kepada pelajar dikalangan golongan asnaf yang layak. Ayuh sama-sama kita menyumbang🤝.

Covid-19 yang berlaku di masa ini telah membuka satu “new world order” dan “disruptive” dalam kehidupan manusia dimana berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ramai yang terpaksa bekerja dari rumah. Di dalam era teknologi serta cabaran IR 4.0 ini, ramai yang telah mula mengadaptasi kaedah bekerja dan belajar secara “online” dimana penggunaan teknologi dan internet merupakan kaedah yang sangat membantu.


Mengharungi situasi ini, Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS telah melakukan inovasi bagi memudahkan kaedah pembelajaran di masa PKP dan akan datang dengan  menghasilkan pembangunan teknologi dan sistem pembelajaran secara dalam talian (“online”) dimana buat kali pertama, PICOMS juga telah berjaya melaksanakan peperiksaana secara “online” baru-baru ini

Bagi membantu pelajar dikalangan mereka yang kurang kemampuan untuk turut sama dalam pembelajaran secara “online” dan juga sebagai kemudahan kepada para pensyarah untuk menyediakan modul pembelajaran, maka pihak PICOMS bercadang untuk melancarkan projek mencari Dana sumbangan infaq dan endowment bagi tujuan pembelian komputer riba / laptop yang akan disumbangkan kepada pelajar dikalangan golongan asnaf yang layak dan juga untuk pensyarah yang memerlukan.


Usaha bagi mendapatkan sumbangan infaq dan endowment ini akan di terajui oleh Pusat Waqaf MyRahmah PICOMS dan akan dibantu oleh Jabatan Hal ehwal Pelajar, Jabatan I.T dan Jabatan Pembangunan Perniagaan. Untuk tujuan ini, pihak pengurusan PICOMS dan Pusat Wakaf MyRahmah bercadang untuk mendapatkan samada komputer riba yang baru ataupun "refurbish laptop" dari beberapa pembekal dan seterusnya berusaha mendapatkan penajaan dan sumbangan dari pihak korporat dan orang ramai.




Sebagai permulaan, jumlah laptop yang disasarkan adalah sebanyak 200 buah dan akan ditambah mengikut jumlah kutipan infaq dan endowment. Jumlah sasaran sumbangan  yang diperlukan adalah sebanyak RM 300,000 dan jumlah pembelian akan bergantung kepada nilai dan jumlah sumbangan infaq dan endowment yang dapat dikumpulkan.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 18, 2022

ABD AZIZ MOKTAR

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 08, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 15, 2021

Kempen Sumbangan Tamat